Baru-baru ini Disneyland Hong Kong telah menerima kunjungan Duli Yang Teramat Mulia Putera Mahkota Perlis, Malaysia Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, serta isteri Baginda Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan dua orang anakanda baginda ke taman Disneyland yang mempersona serta mengujakan, di mana impian akan menjadi kenyataan bagi semua tetamu dari pelbagai generasi dan kerakyataan.
Putera Mahkota serta kelurga Baginda telah disambut dengan penuh kegembiraan oleh Eksekutif Kanan Hong Kong Disneyland Resort serta “Chip and Dale” yang sentiasa ceria dan riuh, dan juga merupakan dua karakter kesayangan di taman Disney. Keluarga Diraja telah menikmati santapan makan tengahari di Tahitian Terrace Adventureland yang menawarkan masakan istimewa Asia yang mempunyai sijil pengesahan Halal termasuklah kari ikan Pulau Pinang, masakan India dan laksa Singapura.
“Ini adalah kali ketiga kami melawat Hong Kong Disneyland, dan merupakan kunjungan pertama bagi putera kecil saya. Kami sentiasa merasa seronok menikmati suasana yang menawan dan tarikan yang menarik di sini, yang amat sesuai untuk percutian keluarga. Anak-anak saya merasakan Fantasyland sebagai “sebuah dunia kecil” dan mendapati tunggangan “Buzz Lightyear Astro Blasters” di Tomorrowland sebagai amat menyeronokkan dan menaikinya berulang-ulang kali,” kata Putera Mahkota.
Selain dari menikmati tarikan yang ditawarkan di taman tema, Putera Mahkota serta keluarga Baginda telah dibawa menikmati pelbagai hiburan menarik yang lain, seperti Perarakan Fantasi Penerbangan Menentang Graviti secara interaktif, yang telah dibangunkan khas untuk Disneyland Hong Kong dan menampilkan persembahan yang mendebarkan bertempat setinggi 40 kaki di udara.
Sedikit Info Mengenai Hong Kong Disneyland Resort
Hong Kong Disneyland Resort menawarkan pengalaman Disney yang unik dan mengasyikkan untuk dinikmati oleh semua keluarga dari pelbagai lapisan generasi dan umur. Hong Kong merupakan satu dari hanya lima lokasi di seluruh dunia yang menjadi rumah kepada taman tema Disney dan pelbagai karakter Disney yang menjadi kesayangan orang ramai di seluruh dunia, seperti Mickey, Minnie, Donald, Stich dan Buzz Lightyear. Semenjak Pembukaan Gemilang pada bulan September 2005, Disneyland Hong Kong telah menerima lebih dari 31 juta pengunjung dari seluruh dunia. Melalui penawaran produk yang unik dan perkhidmatan bertaraf dunia oleh seramai lebih dari 5,000 Warga kerja di taman tema serta di dua buah hotel, Resort ini telah menerima pengiktirafan penilaian Pelanggan yang cemerlang serta turut menerima pelbagai anugerah di dalam sektor hospitaliti dan hiburan.
Hong Kong Disneyland Resort berdedikasi untuk memberi perkhidmatan kepada warga Hong Kong melalui penawaran pelbagai program khidmat komuniti yang luas dan menyeluruh dari membantu keluarga yang memerlukan, kepada mencetuskan inspirasi kreativiti di kalangan kanak-kanak dan remaja, hinggalah kepada menggalakkan perlindungan alam sekitar di rantau ini.
Untuk mendapatkan berita serta gambar terkini dari Hong Kong Disneyland Resort, sila kunjungi laman web di: www.hongkongdisneyland.com/news