Anugerah World Music Award bagi tahun 2012 bakal diadakan di Miami, Amerika Syarikat pada 22 Disember 2012 ini. World Music Awards (WMA) adalah sebuah acara penghargaan muzik internasional yang telah diadakan sejak tahun 1989 dan anugerah ini diberikan kepada para artis rakaman berdasarkan jumlah penjualan albumnya di dunia, yang dikira oleh oleh Federation of Phonographic Industry (IFPI). John Martinotti merupakan produser dan pengasas bersama World Music Award dan sebelum ini World Music Award diadakan di Monaco. Kali ini buat julung kalinya World Music Award diadakan di Marlins Park, Miami, Amerika. Acara ini telah disiarkan di seluruh dunia dengan jumlah penonton yang mencapai 1 bilion di 160 buah negara.
Artis wanita yang paling banyak memenangi anugerah World Music Award adalah Mariah Carey dengan jumlah 17 buah piala WMA. Sementara untuk artis lelaki yang paling banyak memenangi anugerah ini adalah Michael Jackson dengan 15 buah piala WMA. Whitney Houston juga tercatat sebagai artis dengan jumlah kemenangan terbanyak dalam 1 tahun, iaitu pada WMA 1994 dengan 5 piala.
Kali ini Malaysia harus merasa bangga kerana kita mempunyai 2 wakil dari negara ini iaitu penyanyi muda yang sedang meningkat naik, Shila Amzah dan juga Dato’ Siti Nurhaliza. Kedua-duanya bakal berentap untuk memenangi kategori Artis Wanita Terbaik Dunia dan bakal bersaing dengan nama besar seperti Adele, Alicia Keys, Beyonce, Britney Spears, Ayumi Hamasaki, Hyuna, Jessie J, Katy Perry dan lain-lain. Turut membanggakan Shila Amzah juga turut tercalon dalam kategori Penghibur Terbaik Dunia 2012.
Semoga berjaya kami ucapkan pada Shila Amzah dan juga Dato’ Siti Nurhaliza. Dah tercalon tu pun dah kira cukup baik dan amat membanggakan buat negara Malaysia. Sekali lagi Shila Amzah mengukir nama dimata dunia. Chaiyok!