Nyum nyum nyum. Saya memang peminat Mee Kolok sejak dahulu lagi dan apabila saya ke Kuching 2 bulan lepas, saya tidak melepaskan peluang untuk menikmati makanan kegemaran saya ini. Setelah bertanyakan pada rakan-rakan di laman sosial Twitter, saya telah memutuskan untuk mencuba Mee Kolok di sebuah restoran yang tidak kurang popularnya di bandar Kuching iaitu Restoran Kopi-O Corner. Lokasinya tidak jauh dari Pasar Pagi Satok, Kuching. Kalau jalan kaki dari Pasar Satok , hanya mengambil masa 5 hingga 10 minit sahaja.
Apabila tiba di restoran ini (masa lebih kurang pukul 10 pagi ), memang penuh dengan pelanggan dan bau yang amat lazat menusuk ke hidung. Ada pelbagai menu dihidangkan disini termasuklah Laksa Sarawak, Rojak Tambi ( rojak India ), Mee Rojak, Bubur Ayam, Mee Kolok, Mee Sapi, Mee Pok, Mee Jawa , Mee Kampua, Sate dan banyak lagi. Harga pula sangat berpatutan iaitu dari RM4 hingga RM6 bagi setiap menu. Selain itu juga, restoran ini menyediakan sajian lauk pauk yang boleh dimakan bersama nasi panas.
Kalau dari pukul 6 petang, menu seperti Nasi Goreng, Mee Goreng, Ayam Penyet dan pelbagai menu goreng-gorengan ada disediakan.
Restoran ini juga pernah muncul di dalam rancangan Jalan Jalan Cari Makan di TV3 dan juga Jom Makan! di TV2.






Rasanya orang Sarawak memang sudah tahu mengenai restoran ini , dan bagi warga Semenanjung yang ingin mencuba makanan disini, berikut kami kongsikan info :
Lokasi :Jalan Satok, 93400 Kuching, Malaysia
Nombor Telefon : +6082244432 and +6082244430
Layari Laman Facebook Kopi O Corner : https://www.facebook.com/pages/Kopi-O-Corner/163139680395402
ATAU REVIEW MEE KOLOK LAIN :