Siapa tak kenal Rozita Che Wan? Pelakon wanita bertubuh seksi yang menjadi igauan lelaki tak kira muda atau tua. Rozita Che Wan ( berumur lewat 30an.. Ke dah masuk 40 dah? ) masih lagi belum berpunya walaupun sudah mempunyai dua anak dan sering digosipkan dengan lelaki. Acap kali Rozita Che Wan atau dengan nama panggilan Che Ta ini menafikan segala tohmahan dan gosip yang dilemparkan kepadanya. Baru-baru ini pelakon muda iaitu Zain Saidin telah melakukan sesuatu yang mengejutkan.. Dengan gagah berani dia meluahkan ayat-ayat cinta pada Che Ta melalui laman sosial Instagram kepada umum.
“Never will you find a man that will do or love you as much as I will, I promise you”
Ramai yang memberi reaksi berbeza, ada yang gembira, ada yang pelik, ada yang anggap ia cuma publisiti murahan dan ada juga yang meluat.
Semalam kami ada melihat program MELETOP yang disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria ch104 temubual eksklusif bersama Zain Saidin yang hensem itu. Di dalam temubual tersebut, pengacaranya Neelofa ada bertanya mengapakah Zain Saidin berani meluahkan kata cinta secara terbuka pada Che Ta? Jawapan Zain ( ingat tak ingat ) : Sebagai seorang lelaki, adalah normal untuk dia membuat langkah pertama pada orang yang dikasihinya. Selebihnya, saya serahkan pada Che Ta untuk mengorak langkah seterusnya” . Kira ini langkah pertama terbesarnya untuk mencuri hati Che Ta lah ni?
Che Ta pun ada juga memuat naik gambar di laman Instagramnya dengan menggunakan petikan ayat cinta sama seperti yang diluahkan oleh Zain.. Adakah untuk mengiyakan segala kebenaran gosip yang melanda mereka berdua. Adakah anda rasa mereka pasangan serasi?

Saja kami kongsikan gambar terbaharu Che Ta yang boleh menggoncang iman! Seksi sungguh