Seorang bekas anggota kumpulan Ruffedge hari ini didakwa merogol anak tirinya berumur 14 tahun, Februari lalu. Lelaki berusia 37 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Roszianayati Ahmad. Dia yang memakai baju kemeja-T berwarna biru didakwa melakukan perbuatan berkenaan di sebuah rumah di Taman Gombak Jaya, jam 9 pagi pada 9 Februari lalu.
Kenapa ramai orang tidak ingat siapa dia ni? Dia menyertai kumpulan Ruffedge semasa kumpulan itu sudah tidak berapa popular. Ahli asal kumpulan Ruffedge adalah Azan, Cat, Zain, Amer dan Mode. Jadi lelaki ini bukanlah antara kelima-lima yang kami sebuatkan tadi. Apabila Cat, Amer dan Mode keluar dari kumpulan Ruffedge, barulah lelaki ini dan Nine ( bekas anggota kumpulan Phyne Ballerz ) masuk.
Kumpulan asal Ruffedge
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(d) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat, jika disabit kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya, Dalina Ali tidak menawarkan jaminan atas alasan tertuduh mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mangsa. Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar diberi jaminan kerana dia perlu menyara kedua anak kandungnya. Roszianayati kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin.
Mahkamah turut mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh tinggal serumah dengan mangsa dan tidak mengganggu mangsa. Tertuduh juga diarah melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan menyerahkan pasport kepada mahkamah dan menetapkan 25 Januari depan sebagai sebutan semula kes.
Kes ini sudah lama berlaku dan kalau anda semua masih ingat lagi, website Rotikaya hampir disaman gara-gara menuduh silap orang kerana kes ini. Khabarnya di laman Facebook, anak tertuduh memang mempunyai simptom trauma dirogol seperti suka memakai baju berlapis-lapis dan dia sendiri pergi ke balai polis untuk membuat aduan kerana bimbang adik perempuannya pula bakal menjadi mangsa kerakusan bapa tirinya itu.
Pengajaran untuk ibu khasnya, jangan sesekali meninggalkan anak-anak macam itu saja walaupun anak perempuan ditinggal dengan adik beradik lelaki. Itu harus juga dipantau kerana ada anak-anak ini kalau terjadi apa-apa, dia malu atau takut nak bagitahu ibubapa. Cari kawan-kawan, guru, jiran untuk bertanya mengenai hal anak-anak kita. Jangan mudah percayakan orang pada zaman sekarang ini.