Pada Sabtu, 12 Disember lepas, Boulevard Berjaya Times Square telah menjadi rumah kepada sekumpulan generasi muda yang meminati aksi suka lasak untuk menunggu keputusan Mountain Dew’s Dew Challenge 2012 : ‘The Extreme Ride’.
dan kegembiraan juara menjadi milik Mohd Khairil Izwan dari pasukan Hitz.fm, yang mempunyai azam yang kuat hinga menyebabkan beliau menjadi juara bagi cabaran itu dan membawa pulang ganjaran yang sangat lumayan. Naib juara ialah Rajef Vallasamy dari pasukan THR Raaga, tidak percaya dan kecewa apabila beliau gagal mendapatkan gelaran juara yang sepatut jadi miliknya.
Kedua-dua mereka berjaya mengatasi dan menewaskan 118 peserta lain setelah hampir 12 jam mengharungi ujian mental dan fizikal. Halangan terakhir ialah mereka berdua terpaksa mencari satu botol Mountain Dew yang disembunyikan dengan beratus-ratus bola berwarna di belakang trak 4×4. Kemudian, mereka terpaksa bergayut dan memanjat setinggi enam meter dengan botol tersebut dan kemudian menuangkan kandungannya ke dalam balang. Selepas itu, mereka dikehendaki untuk memanjat dinding setinggi enam meter untuk mengambil kunci trak yang terletak pada ketinggian tertinggi dinding itu dan bergegas turun untuk menghidupkan enjin trak 4×4 tersebut.
Pada mulanya, Rajef mendahului cabaran itu sehingga pada satu tahap dimana beliau berada di ketinggian satu meter di dinding, beliau menjadi kaku! Khairil yang mulanya agak lambat, berusaha memanjat dinding tersebut dan itulah peluang keemasan yang telah dirampas daripada Rajef.
“ Saya panik kerana itu merupakan dinding yang pertama saya pernah panjat”, kata Rajef, seorang jututera IT dari Shah Alam berusia 28 tahun, yang mengambil cuti tanpa gaji untuk menyertai cabaran itu.
Khairul, 28 tahun, seorang pelajar dari Universiti Sains Malaysia berkata beliau lansung tidak tahu bahawa Rajef sedang mendahuluinya ketika cabaran akhir itu berlansung.
“ Saya memberi tumpuan sepenuhnya semasa melakukan cabaran itu dan tidak ambik tahu dimana Rajef berada ketika cabaran itu berlansung”, kata pemuda yang berusia 23 tahun yang sanggup dating dari Pulau Pinang hanya untuk menyertai cabaran terlampau ini. “ Tapi bila saya nampak dia tergantung dan kaku untuk bergerak, saya tahu itu adalah peluang yang patut saya rebut walaupun ini merupakan kali pertama saya memanjat dinding setinggi enam meter.”
Berkat usaha dan kesungguhan beliau Berjaya membawa pulang sebuah Chevrolet Colorado 2.8 (M) Adventure 4×4 yang ditaja khas oleh Naza Quest Sdn Bhd, manakala Rajef membawa pulang ‘dirt bike’ dari Kawasaki.
Finalis lain juga tidak pulang dengan tangan kosong, antara hadiah yang diberikan ialah TV LED, sistem teater rumah, smartphone, iPod, jam tangan dan baucar tunai. Jumlah hadiah-hadiah tersebut bernilai lebih RM150, 000.
Selain daripada cabaran itu, orang awam juga turut dihiburkan dengan persembahan hebat Mizz Nina dan Dj jemputan. Cabaran Dew adalah susulan kepada TrainDEWmonium yang diadakan pada tahun lepas. Ia merupakan cabaran pertama yang dianjurkan oleh syarikat minuman, TrainDEWmonium telah mengadakan cabaran terlampau di atas kereta api yang bergerak dari Kuala Lumpur ke Butterworth dan balik ke Kuala Lumpur semula.
Untuk maklumat lanjut tentang Dew Challenge 2012, sila layari Facebook rasmi Mountain Dew Malaysia di fb.com/MountainDewMalaysia.