First time nak buat contest untuk bagi tiket wayang free ni kat Wanista. Lebih seronok kalau dapat bagi semua orang menang. Tapi sayang, edasu bukan jutawan lagi. Puluhwan saje. :p
So here our official The Avengers POSTER! Nak tunjuk sikit la @urasnobucho yang design poster ni. :-3
MERIAH UOLS!
So here the screening details :
Masa : 27 April 2012 , Jumaat, 9 malam
Tempat : GSC MidValley, Mid Valley.
Hall : 4,13,14 ( Salah satu )
The Avengers
The Avengers ini mengisahkan filem superhero dari Marvel dan distribute oleh Walt Disney yang diadaptasi dari komik Marvel sendiri. Filem The Avengers memulakan tayangan premier pada 11 April 2012 dan di Amerika pada 4 May 2012. File mini akan mengeluarkan versi 2D dan 3D.
Sinopsis ringkas : Nick Fury, pengarah SHEILD , menggabungkan sekumpulan wira-wira yang termasuk Iron Man, Thor, Kapten Amerika, dan Hulk untuk melawan musuh baru yang mengancam keselamatan dunia.
Lawati : marvel.com/avengers_movie/
Pelakon
- Robert Downey Jr sebagai Tony Stark/ Iron Man.
- Chris Evans sebagai Steve Rogers / Captain America.
- Mark Ruffalo sebagai Dr. Bruce Banner / Hulk
- Chris Hemsworth sebagai Thor
- Scarlett Johansson sebagai Natasha Romanoff / Black Widow.
- Jeremy Renner sebagai Clint Barton / Hawkeye
- Samuel L. Jackson sebagai Nick Fury
dan lain-lain.
p/s : Hero feberet saya opkos abang Thor. Badan ketak sangat! Meriah betul otot-otot! Tapi kenapa takde SPIDERMAN =( Sedih.
Ok fine, dah habis membebel. Now sampai masa contest.
The CONTEST
1 ) Wajib follow our new Twitter acc ——>> @WanistaMY =) #AvengersWanista
2) Nampak tak ruangan komen kat bawah ni? Saya nak kamu reka dan tulis at least satu rangkap pantun mengenai The Avengers. Apa-apa pun boleh.
Tak payah pantun serius pun takpe! Janji ada rhyme! 😀 Kalau kamu hantar lebih dari 1, maka kira lebih banyak lah chance kamu menang. =)
( Tak boleh senang lagi ke contest kau edasu? Next time buat lagi susah. Baru berpeluh ketiak nak jawab soalan kan. :O )
3) Masa hantar tu, sertakan sekali Tweethandle/ nama dan alamat email.
Nak hantar nombor telefon pun boleh. Tapi make sure lelaki hensem saje ok. Hihi. Ok tipu.
4) kalau penyertaan meriah, saya akan buat cabutan undi so that ADIL pada semua. 😀 Akan ada 10 pasang tiket untuk dimenangi. =)
Contoh penyertaan :
Pada pemenang, before screening pukul 9pm tu nanti, boleh collect tiket dari AidaSue sendiri depan GSC MidValley. I’ll be there from 830pm. ^_^
Apa-apa soalan, tanya @Aidasue di Twitter. Kalau tak ada soalan pun, boleh juga tweet dia 😛
GOOD LUCK!