Ini just a simple review untuk para penggemar makanan dari negeri di seberang laut iaitu SARAWAK. Yang ada di Selangor! Dah semestinya saya suka sangat makanan Sarawak since my housemate saya pun berasal dari Miri.
Food review : Restoran The Bikers Planet Lifestyle Store & Cafe di SS15, Subang Jaya.
So saya nak share kedai mana yang saya pergi semata-mata nak makan makanan Sarawak ni. Tempatnya adalah The Bikers Planet yang terletak di SS15, Subang Jaya, Selangor ( Lokasi nya betul-betul terletak di tepi Restoran Pelita SS15.)
Ambience sangat simple dan menarik. Rasanya owner kedai ni minat motor berkuasa tinggi. Penuh banner motor Harley Davidson bagai. Restoran milik keluarga barang kali sebab yang ambil order tu pun kanak-kanak, mungkin anak pemilik kedai.
Masa dapat menu tu, tengok harga mak hai! MURAH SANGAT. (bukan nada sarkastik ok -_- ) I mean murah sangat harga makanan compare dengan tempat. Mana nak dapat Laksa Sarawak harga RM4.90 sekarang di KL. Kalau di Laksa Shack pun dah RM15-16 camtu.
Saya order Mee Kolok ( RM4.90 ), Laksa Sarawak ( RM4.90. If nak banyak barang dalam tu, harganya RM7.90 but still murah dari KFC ok -_- ) dan Nasi Goreng Dabai ( RM4.90 ). Air pula 3 Layer Tea dan air gas biasa.
As you can see from the menu i tepek kat atas, mostly food dia harga MURAH. Dah lah location dekat SS15 T_T Sampai sekarang rasa macam tak percaya.
Harga RM4.90…. Kalau dekat KL ni or mamak, mungkin dapat makan nasi dengan ayam goreng je. T_T SANGAT MURAH. Tension pulak rasa. Haha.
So here are the food. Oleh kerana satu hari suntuk tak makan, so malam tu saya bertukar jadi pirana sekejap -_-“
Ini Nasi Goreng Dabai. Dabai ni nama buah.
Rupa macam kurma pun ada.
Portion nya sesuai lah dengan harga. Rasa pun not bad. Tapi kalau nak compare dengan real taste dari Sarawak, tak dapat lah der.
Mee Kolok dia rasa ‘lain’ sikit lah tapi kalau kamu memang nak makan sangat makanan Sarawak ni, boleh je. Mee Kolok dia ada daging, daun salad, sup, sambal kicap dan mee. Tapi korang memang tak boleh la rasa sedap macam kat Sarawak. Dengan harga RM4.90, bagi saya cukup kalau nak rasa Mee Kolok tu macam mana.
Laksa Sarawak dia memang marvelous! Sedap dan amat berbaloi since harga pun RM4.90 je!
Kalau takde sampai belacan, memang tak lengkap lah Laksa Sarawak ni kan? :B
Laksa Sarawak dia memang sedap. Dan nasi goreng Dabai tu pun best. Kakak saya kata buah Dabai tu susah nak dapat kat KL. Saya sendiri tak pernah tengok. Tapi bila google macam ni rupa dia. Nasi goreng tu lembut, ada keropok, timun, telur mata, sup dan sambal kicap for just RM4.90, dah sangat berbaloi dah. Ada juga manisan macam tapi malam tu chef nya tak ada
Selain tu, kat sini ada western food, ada makanan set, ada roti, ada makanan melayu pun. Air pun berpuluh-puluh jenis especially the coffee la.
Lawati FB The Bikers Planet ni : http://www.facebook.com/bikersplanetcafess15
Rasa : 7/10
Harga : 10/10
Suasana : 8/10
Portion : 8/10
So hapa lagi food hunter sekalian? =)