Pertama sekali saya mahu ucapkan selamat hari guru buat semua yang berprofession guru. Tak kira sama ada guru tadika, sekolah, guru agama, guru besar, guru kecil, guru muzik, asalkan ada anak murid dan mendidik anak bangsa, boleh dikira guru atau sifu.
Masa di sekolah rendah, semua berlumba-lumba nak bagi hadiah terbest dan termahal pada cikgu sekolah. Masa sekolah rendah, duit belanja pun RM1 sehari. Pelajar yang kaya-kaya sikit tu, minta pada ibu ayah suruh belikan hadiah mahal macam frame, kain baju, tudung, jambangan bunga pada cikgu.
Dalam hati “Agaknya nak bodek cikgu bagi markah lebih lah tu”. Sebab saya ni tak berapa kaya, saya just bagi je frame buatan sendiri dari majalah. Masa tulah kita pergunakan bakat seni tak seberapa ada ni nak buat hadiah paling best untuk cikgu. Zaman dulu tak ada nak bagi iPad, Handphone, benda mahal-mahal pada cikgu. Untung jadi cikgu zaman sekarang. (._. )
Dan saya ni tak banyak pengalaman menarik bersama cikgu bila dah masuk sekolah menengah. Memang bukan favourite cikgu kat sekolah. Memang bukan team bodek cikgu. Dan atau mungkin sebab mereka jeles saya terlalu hensem dan tampan. :8l
Ok bukanlah. Di sekolah saya ni lagak macam tomboy. Muka pula jenis tak pernah senyum. Kedekut senyuman betul awak ni Aida. Sampai pernah kena panggil di bilik guru sebab ada guru-guru complaint pasal saya. Sebab mereka tak suka wajah saya yang tak pernah senyum ni. What da heck kan? Habis dah muka memang macam ni, takkanlah nak senyum macam kerang busuk dan membodek cikgu saja? Kalau kena panggil sebab dungu ke boleh la diterima, ni pasal muka. Saya ingat lagi. Dipanggil pada pukul 3 petang hari Isnin, tahun 1998-1999 di MRSM Terendak. “Ha, cikgu jangan ingat saya lupa ya kejadian tu cikgu selain dari nama cikgu!”.
Edasu tomboy macam ni. Hensem pun sama macam ni.
Tapi sebab saya ni antara budak terpaling result best sekali, cikgu nak marah pun gitu-gitu je lah. Pernah sekali dihalau dari perpustakaan sekolah sebab bergurau dengan kawan. Ok ini mungkin silap saya sebab terhempas kamus atas meja. Sekejap. Saya terhempas kuat kamus atas meja dan dihalau oleh guru bahasa Inggeris? Pelik. Bila ingat sekarang rasa pelik. Duduk cangkung dekat court bola jaring, kena sental koridor dan macam-macam lagi lah. Oklah mungkin saya kuat menjawab dan melawan. Saya rasa kalau zaman sekarang cikgu suruh buat semua tu, mungkin mak ayah dah report polis barang kali.
Kenapa ya cikgu MRSM Terendak masa tu begitu kejam? -__-“
Cikgu kesukaan saya adalah cikgu pendidikan seni. Muka dia ala-ala Azalina Osman. Dia belum berkahwin tapi saya syak sekarang pun beliau masih andartu. Fuh, mulut dia, memang taraf cili Jalapeno. Saya ni bab melukis memang GAGAL. Kalau tak dapat C, mesti dapat D. Tapi saya bijak. Bila cikgu ni marah-marah, saya selalu anggukkan dan puji cikgu tu. Puji lukisan dia cantik lah, baju dia cantiklah, senyuman comel lah. Bila periksa, saya dapat A. Siap dibelanja cikgu pergi Waterpark yang di Melaka tu. Tips dan pengajaran : Bodek cikgu itu penting biarpun subjek so-so je.
Mungkin cikgu mahu saya mandi bunga agaknya. Atau mungkin cikgu simpan dendam sebab saya sorang saja tak pernah bagi hadiah Hari Guru pada cikgu kan? Lepas dah masuk tingkatan 4, saya dapat masuk MRSM Pengkalan Chepa. Dipindahkan sebab cikgu nak atau memang bijak, saya pun tak pasti.
Ini pagar yang menjadi saksi kenakalan saya.
Di MRSM PC,memang bakat kenakalan saya terserlah. Masa ni dah pandai fly sekolah. Fly sekolah tu apa? Ini aktiviti sihat tapi salah :p yang dilakukan oleh pelajar kacak,hensem dan bergaya. Biasanya aktiviti ini dilakukan pada waktu tengah malam, atau pun pada waktu budak lelaki pergi solat jumaat tanpa kebenaran bertulis. Sebab saya ni hensem, saya buat aktiviti fly ni pada waktu siang masa budak lelaki solat Jumaat di luar. Bila balik shopping di Bandar Kota Bharu tu, saya seperti gaya makcik-makcik dengan beg plastic penuh di tangan, berlenggang masuk ke sekolah macam orang tak bersalah. Part paling best, jeng jeng jeng. Warden dah tunggu dengan motor depan pagar sekolah. Saya masa tu apa lagi, berlari pecut. Bayangkan tangan penuh bawak beg plastic beli barang di Bandar. Dengan pakai baju kurung lepas tu berlari macam kena kejar pencuri. Tapi Berjaya ditangkap oleh warden. Part paling kelakar pula bila saya DENY saya fly. Dah bawak 18 beg plastic pun nak deny lagi kan. BIJAK betul. Ada kes main permainan Spirit Of The Coin ( ini pengalaman real, memang hantu tu keluar ok) sampai kena sound warden,teman kawan perempuan merokok dalam dorm dan macam –macam lagi. Tapi oleh sebab result exam sampai SPM sangatlah hensem macam orangnya, cikgu nak marah pun tak jadi juga.
So moralnya disini, kalau nak jadi otai atau gangster di sekolah,pastikan result peperiksaan tu markah cantik, selalu dapat dean list. Barulah boleh jadi otai ala-ala hero/heroin novel Ahadiat Akashah.
Walaupun cikgu kebanyakkanya anti dengan saya yang hensem ni, tapi saya nak ucapkan terima kasih juga pada cikgu. Terutamanya cikgu sejarah SPM saya yang saya selalu buli sebab tanya soalan banyak gila masa kelas sampai loceng berbunyi pun tak sempat mengajar, cikgu homeroom saya yang selalu belanja kami makan sebab mostly anak murid cikgu asal KL,jadi tak selalu dapat balik rumah masa cuti.
Buat cikgu Jamaludin cikgu BM, Matematik sekolah rendah saya yang terlalu kacak. Serius muka cikgu ni macam Edika Yusuf. Tak ada orang yang tak cair tengok cikgu ni. Hatta makcik kantin pun asyik saja tanya kami,bila cikgu ni nak keluar rehat. Saya suka cikgu sampai tiru tandatangan cikgu tau. Nak bagi sama dengan tanda tangan saya. Idola lah katakan. Masa cikgu mengajar saya selalu pergi tandas berlatih senyum comel. ( Kecik-kecik dah gatal). Saya berharap agar cikgu Jamaludin tak botak, boroi macam lelaki berumur 30an yang lain.
Ini Edika Yusof dulu dan sekarang. Apa khabar agaknya cikgu Jamaludin (._. )
Cikgu bahasa Jepun saya sebelum saya fly sambung belajar, terima kasih kerana bersalah dengan saya yang agak lembap sikit masa belajar bahasa. Cikgu saya seorang ustaz. Rasanya dia masih lagi setia jadi guru bahasa Jepun di AAJ Universiti Malaya. Dia selalu complaint kata dia tak dapat pergi jauh sebab dia ada PhD dalam bahasa Jepun saja, susah baginya nak naik dalam sistem pilih bulu di universiti. Itu kata dia, bukan saya ya.
Orang selalu ingat profession guru ini tak best, tak gah. tapi kamu harus ingat, persatuan guru-guru di Malaysia ini kuat. Maka selalu dapat benefit dari kerajaan tau. Dapat pula mengajar di sekolah pelajar yang hensem macam saya ni. Ha. :B
Dan tak semestinya kamu nakal di sekolah, kamu takkan berjaya diluar. Selagi boleh have fun, sila have fun. tapi kena la balance dengan pelajaran. Bila saya sendiri dah bekerja, memang betul orang tua-tua kata, masa belajar tu paling BEST.
Tak sangka kan AidaSue macam ni? :B Oh well, saya pun tak sangka. Sekaran dah duduk ofis menulis karangan tribute pada cikgu. Dah cukup.
Ok gudbabai.