Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result

Ikan Bakar Jalan Bellamy. Termurah di KL?

by Aida Sue
May 24, 2012
Share on FacebookShare on Twitter

Kebetulan terbaca kisah hangat ( bukan kisah 18sx) owner Restoran Sekinchan Ikan Bakar ( RSIB) mengenai kes Bersih 4.0 di hadapan rumah Datuk S Ambiga. Ada juga kisah mengenai kejadian mahu boikot restoran Sekinchan Ikan Bakar ni. Siap ada Facebook page.

Diboikot sebab apa saya sendiri kurang pasti. Tapi banyak juga komen mengatakan harga di RSIB ni mahal dan ikan pun tak fresh mana. Banyak juga cawangan restoran ini yang dah ditutup. Latest I heard cawangan di Klang ya?

IKLAN

 

Ok berbalik pada kisah saya ni, oleh kerana saya ni memang sangat suka makan ( ada ke orang tak suka makan? -_- ) especially ikan bakar, saya nak share dengan awak semua location favourite ikan bakar saya di Kuala Lumpur.

Gerai Ikan Bakar Jalan Bellamy ( pintu belakang istana Negara ) di Kuala Lumpur.

Baru kejap saya makan tadi ( ya lah sibuk cerita pasal Sekinchan, jadi mengidam >:O ,semua salah korang ) LOL.

Dekat Jalan Bellamy tu banyak gerai ikan bakar rasanya dekat 10 gerai macam tu, so boleh pilih nak ikan bakar macam mana. Ada yang kering, bersambal, ala portugis. Setakat ni saya dah try 3 gerai tapi yang menjadi favourite saya gerai yang paling tepi sekali sebab MURAH, sedap dan tak ramai orang. Dan Murah. Eh 2 kali saya cakap murah. :p mana awak nak cari ikan terubuk bakar Rm13 seekor di tengah-tengah KL? Saya tak pernah jumpa.

IKLAN

Tadi saya makan ikan terubuk bakar seekor, ikan pari sebesar muka saya seekor ( so boleh bayangkan saiz muka saya macam mana -_- ) lauk pauk, nasi 2 pinggan dan air-airan. Nak order kerang tapi kata pakcik tu tak ada stok. Hmph. So harga makanan ni semua hanya RM28. 50. Harga seekor terubuk dalam RM13, Ikan pari bakar RM10, nasi 2 pinggan beserta lauk dan air 2 harganya Cuma RM5.50. Bagi saya ini sangat-sangat reasonable. Kira macam seorang makan Rm15 saja. Dah macam harga set KFC.

Lauk pauk lain

Saya nasihatkan kaum wanita tak pergi hari Jumaat sebab gerai ni betul-betul menghadap masjid Istana tu. So ramai orang dan parking susah. Untuk lelaki elok la sebab lepas solat terus boleh pergi makan. =) Eh lupa untuk lagi 2 gerai ikan bakar tu, saya pergi ikan bakar style portugis. Ha kat sini rasanya stok kerang bakar banyak dan sedap. Lagi satu tu gerai ikan bakar berpeluh. Sebab apa? Sebab bila makan kat gerai tu badan berpeluh sebab panas gila. -_-“

Dah makan nasi, boleh makan cucur kodok dan cucur udang pula :B My favourite part!

Bil saya

So this is the location, selamat mencuba dan berjimat =)

Waktu operasi : Isnin – Sabtu : Lunch hingga 3petang. Dan  dari 7malam hingga 11pm.

Alamat :

Ikan Bakar Medan
Jalan Bellamy,
Bukit Petaling,
50480, Kuala Lumpur

 

ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan