Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Living Health

[ Cinta & Perhubungan ] Tetap cinta walau sering disakiti : Sejauh mana dapat bertahan?

by Aida Sue
March 21, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

hubungan cinta

Kehidupan percintaan antara lelaki dan wanita  tidak selalu terisi dengan hal-hal bahagia, kadang-kadang ada masa-masa tidak  seronok atau masalah yang harus mereka lalui. Hal ini tidak berlaku hanya pada masa sekarang, tetapi juga masa-masa terdahulu.

Adapun sisi kurang menyenangkan adalah apabila salah satu pihak dari pasangan melukai hati. Curang, penderaan mental  atau kekerasan fizikal adalah antara contoh yang mungkin boleh membuat seseorang mengeluarkan air mata kesedihan.

IKLAN

Tentunya bagi yang pernah merasakan ditipu atau dicurangi atau kekerasan fizikal dari pasangan atau kekasihnya akan timbul pertanyaan di dalam hatinya, “Haruskah saya tetap mencintai dia yang telah menyakiti saya?”

1. Apakah hubungan tersebut layak untuk dipertahankan?

2. Berapa banyak perkara positif yang dijumpai dari hubungan yang anda telah jalani bersama si dia? Apakah jumlahnya lebih banyak daripada hal negatifnya?

Kenapa dua soalan diatas? Kerana itulah dasar dari setiap hubungan cinta manusia. Ketika berhadapan dengan sesuatu yang bernilai, manusia biasanya  akan mempertahankan apa yang menurutnya sangat bernilai bagi hidupnya. Jarang sekali ada orang yang mahu melepaskan apa yang sangat berharga di dalam kehidupannya.

Walaubagaimanapun ada juga mesti fikir mengenai  hal positif di saat menjalani hubungan cinta anda. Ini sesuatu yang sangat penting kerana di sinilah anda mengetahui apakah hubungan anda dengan dia boleh berlanjutan dalam jangka masa lama atau tidak. Semakin banyak hal positif bererti peluang untuk terus melangkah dengan dia semakin terbuka lebar. Sebaliknya jika sedikit bererti peluang untuk meneruskan ke arah yang lebih jauh pun pastinya menyempit.

Disakiti memang merupakan pengalaman yang tidak menyenangkan. Anda perlu berusaha keras untuk kembali dapat mengasihi dia dan menyintai dia sepenuh hati.  Jangan sesekali menerima si dia atas kerana dasar kasihan, ataupun semata-mata kerana hubungan cinta yang anda telah jalin bersamanya terlalu lama. Masa bukanlah pengukur bahagianya setiap perhubungan. Jika dua soalan diatas dapat anda jawab dengan positif maka anda perjuangkanlah cinta yang telah anda bina dengan kekasih anda.

Satu lagi yang perlu diingat, sentiasalah mengingati Tuhan di dalam kehidupan cinta anda. Hal ini juga penting kerana sebesar apapun persoalan yang dihadapi, bersama Tuhan, anda akan mencari jalan keluarnya.

IKLAN
Tags: cintacinta curangcinta manusiacurangdera fizikaldera mentalhati disakitihubungan cintakekasihmasalahmasalah cintapenderaan fizikalputus cintatips cinta
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan