• Latest

[ Info Sihat ] 9 mitos dan fakta penting mengenai penyakit HIV / AIDS

March 22, 2013
Foto - Ánh Tít (Facebook)

Jururawat Vietnam Ajar Cara Bagi Bayi Lena, Hanya Bedung Guna 4 Langkah!

January 23, 2021
Foto - Instagram / Bored Panda

Jambang Ekor Monyet Jadi Pilihan, Gaya Terkini Lelaki 2021

January 23, 2021
Foto - Reader's Digest

Tarik Nafas Dan Kawal Emosi Marah Kamu Dengan Tips Bernas Ini!

January 23, 2021
Foto - Dakwah Sentap / Pesona Pengantin

Rajin Solat Tapi Otak Porno, Ustaz Don Daniyal Ajar Cara Upgrade Diri

January 22, 2021
Foto - Elite Daily

Nak Bersama Dengan Pasangan Pun Kena Hati-Hati, Kalau Tidak…

January 22, 2021
Foto - Eminetra New Zealand

5 Foto Seksi Clelia Theodorou, Wanita Viral Yang Terseksa Punya Payudara 32GG

January 22, 2021
Foto - My Info Taip / IMDB

5 Filem Melayu Psiko Thriller Best Tonton Masa PKP Ini

January 22, 2021
Foto - Pinterest

Senang ‘Kacang Goreng’, Guna Remote Saja Dah Boleh Bersih Aircond Di Rumah

January 22, 2021
Foto - Instagram Prof Dr Muhaya / Berita Harian Sg

Kerana Suruh Pesakit Henti Makan Ubat Anxiety, Prof Dr Muhaya Mohon Maaf

January 22, 2021
Foto - Reddit

Wajah Twice Tzuyu Paling Banyak Permintaan Wanita Untuk Pembedahan Plastik

January 22, 2021
Foto - Siti Nurhaliza Tarudin (Instagram)

Proses IVF Anak Kedua Buatkan Datuk Seri Siti Nurhaliza Lebih Kerap…

January 22, 2021
Foto - Arkib Wanista

Padlock Mangga Rumah Selalu Buat Hal, Ini Cara Tangani

January 21, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result

[ Info Sihat ] 9 mitos dan fakta penting mengenai penyakit HIV / AIDS

Aida Sue by Aida Sue
March 22, 2013
20
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

aids-hiv-mitos-fakta

HIV / AIDS yang sehingga kini masih belum ditemui penyembuhnya merupakan sebuah penyakit yang sangat ditakuti oleh masyarakat. Tetapi banyak mitos tidak benar yang selalu kita dengar sehingga boleh menyebabkan ketakutan, putus asa, dan bahkan membahayakan kesihatan.

Berikut ini adalah beberapa mitos tidak benar yang selalu kita dengar mengenai HIV / AIDS:

IKLAN

1. HIV Dapat Menular Melalui Hubungan Biasa ( Tidak bersetubuh ) 

FAKTA: HIV hanya boleh dijangkiti melalui hubungan dengan darah atau cecair tubuh yang lain (sperma, dan cecair vagina), dan bukan melalui kenalan biasa. Memeluk, mencium, berkongsi peralatan makan, menggunakan tandas yang sama, atau batuk tidak akan menyebabkan penularan virus HIV. HIV hanya boleh berjangkit melalui beberapa cara yang berikut:

  • Berkongsi jarum suntikan
  • Keturunan
  • Seks bebas
  • Menerima penderma darah yang dijangkiti HIV

2. Seks Oral Tidak Boleh Menyebabkan HIV

FAKTA: Walaupun kesempatannya lebih kecil, anda tetap boleh terkena HIV / AIDS dengan melakukan seks oral dengan lelaki atau wanita. Cecair sperma atau vagina boleh membawa penyakit, terutama jika ada kelukaan pada alat kelamin atau mulut, atau pendarahan yang signifikan pada gusi. Oleh kerana itu, penghalang lateks ( kondom ) diperlukan semasa seks oral atau vagina.

3. HIV Adalah Penyakit Homoseksual

FAKTA: HIV adalah virus yang boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa memandang orientasi seksual. Dari bayi, remaja, orang dewasa, perempuan, laki-laki, dan orang dengan bangsa dan etnik apapun memiliki kesempatan yang sama untuk dijangkiti virus tersebut. Di seluruh dunia,penyebar virus HIV kebanyakan melalui hubungan heteroseksual.

4. Hanya Orang Tua Terkena HIV

FAKTA: Survey pada tahun 2007 menyatakan bahawa lebih daripada 700 orang muda berusia 15-24 tahun didiagnosis jangkitan HIV, dan 11% dari seluruh diagnosis HIV baru,golongan muda dan homoseksual paling berisiko dijangkiti HIV.

5.  Nyamuk dapat merebakkan HIV

FAKTA: Nyamuk TIDAK menularkan darah orang lain yang ia hisap. Nyamuk hanya menyuntik air liur kepada mangsa mereka, yang boleh membawa penyakit seperti demam berdarah dan malaria. HIV / AIDS tidak terkena pada serangga. Virus ini tidak dapat bertahan hidup pada nyamuk untuk dihantar melalui air liur.

6. Wanita Pengidap HIV Tidak Boleh Mempunyai Anak

FAKTA: Wanita yang dijangkiti HIV masih subur dan risiko penularan HIV kepada janin yang belum lahir adalah 15 hingga 30 peratus. Namun, saat ini dengan terapi antiretroviral, level penularan HIV dari ibu yang dijangkiti kepada janinnya boleh menurun sehingga 2 hingga 3 peratus.

7. Pengidap HIV Positif  akan nampak sakit

FAKTA: Seseorang boleh dijangkiti HIV / AIDS selama lebih dari 10 tahun tanpa adanya tanda atau gejala yang nampak. Orang yang terkena HIV boleh kelihatan sihat selama bertahun-tahun, dan mampu bekerja seperti biasa tanpa adanya tanda-tanda penyakit. Walaupun seseorang nampak sihat, belum tentu ia bebas daripada status HIV / AIDS.

8.  Penggunaan kondom boleh mencegah HIV

FAKTA: Kondom lateks memang berperanan penting dalam pencegahan penularan virus HIV. Penggunaan kondom secara tepat dan terus menerus untuk aktiviti seksual adalah sebuah perlindungan yang baik. Namun, bukan bererti kondom akan 100% melindungi anda. Anda belum boleh merasa yakin bahawa kondom akan sepenuhnya membebaskan anda dari penyakit tersebut. Tetapi hingga saat ini, kondom masih merupakan cara perlindungan yang berkesan.

9. Penghidap HIV menghadapi hukuman mati.

FAKTA: Semua orang akan mati. Ya. Akan tetapi mitos ini adalah mitos yang paling dipercayai oleh kebanyakan orang. Walaupun belum ada ubat untuk HIV, bukan bererti HIV adalah hukuman mati. Saat ini, para pesakit yang positif HIV boleh memiliki harapan hidup normal dan sihat.

Masyarakat  perlu tahun mengenai  mitos dan fakta sebenar tentang HIV / AIDS. Untuk itu, masyarakat diarahkan untuk selalu melakukan aktiviti seksual selamat dan melindungi diri mereka sendiri.

Tags: aids dan hivaids hivapa itu aidsfakta aidsinfo aidsinfo hivinfo kesihatanmitos aidsmitos aids hivpenyakit aids

ARTIKEL BERKAITAN

Foto - Ánh Tít (Facebook)
Keibubapaan

Jururawat Vietnam Ajar Cara Bagi Bayi Lena, Hanya Bedung Guna 4 Langkah!

January 23, 2021
Foto - Instagram / Bored Panda
Info Menarik

Jambang Ekor Monyet Jadi Pilihan, Gaya Terkini Lelaki 2021

January 23, 2021
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan