Tiga lelaki India dituduh atas penganiayaan seorang mahasiswi asal Korea Selatan di sebuah bas di daerah timur India, Kolkata semalam.
Pada saat kejadian berlaku, pelajar tersebut yang berumur 20 tahun naik ke bas yang sudah dipenuhi penumpang. Tiba-tiba 3 orang lelaki yang dipercayai masih muda cuba menariknya keluar dari bas tersebut. “Wanita itu cuba naik ke bas. Kelompok lelaki tersebut juga naik dan berdiri betul-betul di belakangnya, dan kemudian menyentuh bahagian punggung dan payudara wanita tersebut,” kata pegawai polis Subhendu Barik kepada AFP.
Mahasiswi jurusan Sains Komputer itu meloncat keluar dari bas sementara ketiga lelaki tersebut mengejarnya. Wanita itu lalu berlari menuju seorang petugas lalu lintas yang kemudian menangkap salah satu dari ketiga pelaku dan membawanya ke pejabat polis berdekatan.
“Polis masih mencari dua pelaku lainnya, sementara pelaku yang tertangkap akan dijatuhi hukuman tahanan secara rasmi pada 2 April akan datang,” kata kepada timbalan polis Kolkata, Sumanjit Roy kepada AFP.
Sebelumnya, peristiwa serupa berlaku di mana seorang wanita yang berasal Switzerland diperkosa di daerah Andhra Pradesh dan selepas itu pula telah berlaku kes dimana seorang pelancong Britain yang telah melompat dari tingkap hotelnya kerana takut dirogol pengurus hotel. ( baca )
Protes dari seluruh masyarakat India telah memberikan tekanan kepada pihak berwajib dan kerajaan India untuk segera meluluskan RUU Pemerkosaan dimana diantaranya akan menguatkuasakan maksimum hukuman 3 tahun penjara bagi usaha gangguan seksual ringan, seperti “menyentuh” seorang wanita secara paksa.
Sumber : Times Of India