Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

Hamilton salah masuk hentian pit, Vettel Juara Formula One Malaysia minta maaf pada Webber

by Aida Sue
March 27, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

webber

Pada perlumbaan Formula One siri kedua yang berlangsung di Litar Sepang, Malaysia, minggu lepas, Sebastian Vettel merebut gelar juara dari tangan Mark Webber. Hal ini kerana Vettel berusaha memotong rakan sepasukannya semasa berada di pusingan ke 46 melalui pertarungan yang sengit.

Pada awalnya Webber memimpin perlumbaan itu selepas Vettel melakukan pitstop. Vettel mula mendekati Webber, bahkan hampir terkeluar dari trek dan terdapat aksi sengit sesama pelumba Red Bull seperti mereka bermusuh dan datang daripada pasukan lain. Hal ini membuat Webber berada di tempat kedua, dengan Lewis Hamilton di tempat ketiga.

IKLAN

Kejadian ini menyebabkan ketegangan tinggi antara kedua-dua pemandu semasa berada di podium. Webber terus terang mengatakan Vettel sudah bertindak melampau batas dan Vettel telah pun meminta maaf. “Saya ingin meminta maaf kepada Mark. Saya sudah melakukan kesalahan. Kami seharusnya tetap berada di posisi semula. Saya bukannya mengabaikan arahan pasukan, tapi saya memang merosakkan rencana yang sudah ada,” ujar Vettel.

“Saya mengambil alih perlumbaan dari Mark, dan saya tahu dia kelihatan sangat marah, tapi saya hanya ingin meminta maaf. Saya mengambil risiko dengan memotongnya. Saya tahu permintaan maaf saya tidak akan membantu meredakan emosinya, tapi saya ingin katakan jika saya tidak melakukan hal tersebut dengan sengaja, “ujar Vettel kemudian.

webber4

webber3

webber1

Sementara itu insiden pelik melibatkan  Lewis Hamilton yang jarang berlaku apabila dia tersalah masuk hentian pit ketika perlumbaan sedang berlangsung. Pelumba Britain itu yang baru sahaja menyertai pasukan Mercedes musim ini, dilihat memasuki pit bekas pasukannya musim lalu iaitu McLaren. Menyedari kesilapan yang dilakukannya, Hamilton pantas bergerak meninggalkan pit McLaren dan menuju ke hentian pit Mercedes.

 

IKLAN

Ini merupakan keputusan Formula One di Malaysia:

1. Vettel Red Bull-Renault
2. Webber Red Bull-Renault + 4.298
3. Hamilton Mercedes + 12.1
4. Rosberg Mercedes + 12.640
5. Massa Ferrari + 25.6
6. Grosjean Lotus-Renault + 35.5
7. Raikkonen Lotus-Renault + 48.4
8. Hulkenberg Sauber-Ferrari + 53.0
9. Perez McLaren-Mercedes + 72.3
10. Vergne Toro Rosso-Ferrari + 87.1
11. Bottas Williams-Renault + 88.6
12. Gutierrez Sauber-Ferrari + 1 lap
13. Bianchi Marussia-Cosworth + 1 lap
14. Pic Caterham-Renault + 1 lap
15. van der Garde Caterham-Renault + 1 lap
16. Chilton Marussia-Cosworth + 2 laps
17. Button McLaren-Mercedes + 3 laps
18. Ricciardo Toro Rosso-Ferrari + 5 laps

Gagal ke final :

19. Maldonado Williams-Renault
20. Sutil Force India-Mercedes
21. Di Resta Force India-Mercedes
22. Alonso Ferrari

Tags: f1f1 malaysiaformula 1formula oneformula one sepanghamilton wrong pitlewis hamiltonmercedesred bullsalah pit hamiltonsepangvettel webber formula onevettel webber tensionwrong pit formula one
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan