Ribuan peminat dilihat membanjiri Birrarung Marr, bandar utama Melbourne untuk menyaksikan pengacara televisyen kesayangan Amerika Syarikat, Ellen DeGeneres yang mengadakan sesi bual bicara bermasa peminatnya yang berlansung selama satu jam. Ellen menghiburkan peminat-peminatnya yang hadir dengan pelbagai aktiviti seperti menari dan menunjukkan bakat yang dimilikinya.
Sementara itu, Ellen tanpa segan silu menyatakan pada umu tentang perasaan cintanya terhadap Portia de Rossi, isterinya yang berasal dan membesar di bandar itu. Ellen juga tidak lupa untuk memberi penghormatan pada hasil seni jalanan di Melbourne yang terdapat di dinding lorong-lorong bangunan di bandar itu. Malah beliau turut cabar peminatnya untuk berpakaian seperti seorang peseni jalanan. Semasa acara itu berlansung, Ellen sempat memuji sikap rakyat di Melbourne yang peramah.
Di Amerika Syarikat, The Ellen DeGerenes Show mendapat lebih 2.7 juta penontot setiap minggu, yang juga merupakan salah sebuah rancangan yang mempunyai penonton terbanyak di negara itu. Rancangan televisyen itu ditayangkan di 21 buah negara dengan jumlah penonton setia seramai 16.7 juta!