Misteri kehilangan pakaian dalam wanita di Taman Rimba akhirnya terjawab apabila seorang penduduk berjaya merakam aksi seorang lelaki yang melakukan kecurian itu ketika penghuni sedang nyenyak tidur.
Kejadian pada 24 Mac lepas dirakam sekitar jam 4.30 menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di salah sebuah rumah di kawasan berkenaan. Tuan rumah yang hanya dikenali sebagai Chin berkata, dia ada terdengar bunyi motosikal berlegar di halaman rumah dan kemudian dia periksa CCTV dan terkejut melihat seorang lelaki sedang memanjat pagar rumahnya serta rumah jiran.
Menurut Chin lagi, keesokan harinya dia mendapat tahu jirannya kehilangan tudung dan juga seluar dalam. Sebelum ini penduduk juga pernah beberapa kali kehilangan pakaian dalam tetapi tidak menyangka ia dicuri.
“Berdasarkan rakaman tersebut, suspek dipercayai lelaki tempatan memakai kain sarung memanjat tembok atau pagar setiap rumah untuk mengambil pakaian dalam dijemur di ampaian. Walaupun tiada barangan berharga yang hilang, tetapi kejadian tersebut sedikit mengganggu ketenteraman penduduk,” katanya sebelum membuat laporan dan menyerahkan cakera padat berhubung kejadian tersebut kepada polis untuk membantu siasatan.
P/S : Kita tidak tahu mengapa si pencuri curi pakaian dalam tersebut. Takut juga kalau dia lakukan perkara yang tidak diingini. So jadikan perkara ini sebagai satu pengajaran. JANGAN sesekali jemur dan biarkan pakaian dalam lelaki dan wanita di luar rumah ketika waktu malam. Tunggu esok pagi atau jemur sahaja di dalam rumah!