Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Living Health

[ Tips Hubungan ] Ketahui 4 faktor utama mengapa wanita mudah menangis

by Admin 3
April 1, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

jangan-pernah-menyakiti-wanita

Sepanjang kehidupan seseorang pasti pernah melihat wanita menangis. Mengapa mereka menangis? Apakah punca yang membuatkan mereka menangis? Mengapa wanita lebih mudah untuk menangis berbanding lelaki? Berikut adalah beberapa faktor yang menyebabkan wanita sangat mudah mengalirkan air mata.

Luahan emosi atau luahan hati

IKLAN

Tidak semua wanita menangis kerana hendak memanipulasi anda, ia hanya segelintir sahaja. Lebih ramai wanita menangis kerana luahan emosi yang ikhlas. Seperti yang anda sendiri ketahui, pemikiran seseorang wanita lebih mudah dipengaruhi oleh emosi berbanding pertimbangan. Mereka secara automatik akan mengekspresikan sesuatu tindakan itu mengikut emosi yang sedang mereka lalui, berbanding lelaki yang cuba mengawal tindakan mereka supaya tidak terikut dengan rentak emosi mereka sendiri. Inilah perbezaan ketara antara lelaki dan wanita kerana seseorang lelaki lebih mementingkan pertimbangan.

Memori

Setiap orang tidak kira lelaki atau wanita pasti ada memori indah dan juga yang memeritkan. Biasanya lelaki tidak menunjukkan kesedihan akan memori lampau mereka dengan mengeluarkan airmata. Tetapi bukan wanita. Biasanya sebelum tidur, kita sebagai wanita pasti akan terkenangkan memori-memori lama yang hanya tinggal kenangan.

Marah atau stress

Wanita yang terlalu stress atau berada dalam keadaan yang sangat tegang (marah) sering berakhir dengan tangisan. Ini disebabkan mereka tidak mampu untuk mengawal kemarahan itu dan hanya mampu luahkannya melalui air mata/tangisan. Ini juga yang dimaksudkan wanita tu lemah. Ya lemah dari segi emosi kerana terlalu lama pendam dan simpan amarah itu.

Hormon

Seperti yang anda sendiri tahu, hormon wanita lebih mudah berada di dalam keadaan yang tidak stabil terutamanya apabila mereka datang bulan. Tekanan yang sebelum ini biasa untuk mereka akan menjadi satu tekanan besar yang mampu untuk membuatkan mereka menangis. Ramai wanita setuju menyatakan mereka lebih kerap menangis ketika datang bulan. Elakkan daripada memberi sebarang tekanan kerana mereka akan menjadi lebih sensitif pada waktu ini.

IKLAN
Tags: 4 sebab wanita menangisemosi wanitafaktor wanita menangishormon wanitakaum wanitapunca wanita menangiswanita menangis
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan