Kisah cinta Taylor Swift nampaknya akan menjadi semakin rumit. Setelah berpisah dengan salah seorang ahli kumpulan boyband terkenal One Direction iaitu Harry Styles, wanita berambut blonde ini khabarnya cuba rapat dengan Harry yang lain pula iaitu.. Putera Harry!
Seperti dilaporkan oleh Digital Spy, pelantun lagu popular “I Knew You Were Trouble” ini ternyata sangat menggilai Putera Harry. Salah satu sumber mengatakan bahawa Taylor berusaha mendapatkan tiket VIP untuk kunjungan Putera Harry ke Amerika Serikat pada bulan Mei akan datang.
“Taylor berusaha keras agar namanya disenaraikan dalam senarai bintang VIP yang akan bertemu Putera Harry. Taylor sangat menyukai semua tentang Harry, terutama rambut merah dan aksen Britishnya,” kata salah satu sumber terdekat.
Sumber tersebut juga mendedahkan bahawa Taylor mungkin juga sesuai dengan selera sang Putera kerana mengikut sumber terbabit, Putera Harry sendiri juga menyukai wanita berambut perang.
Taylor telah berpisah dengan kekasihnya yang lebih muda Harry Styles pada awal tahun ini.. Menurut Taylor, lagu yang kini kedengaran di corong radio ” I Knew Were Trouble” adalah lagu yang dicipta oleh Taylor tentang bekas kekasihnya itu.
Nampaknya kalau gosip ini benar, Taylor akan mula menulis