Walaupun dia mengalami kecederaan di pinggul, Lady Gaga tetap tampil bergaya dengan kerusi roda mewahnya. Kali ini semasa membuat temujanji dengan kekasihnya, Taylor Kinney, Gaga duduk di kerusi roda Louis Vuitton.
Kerusi roda dengan bantalan duduk bermotif logo Louis Vuitton yang ikonik itu adalah hadiah daripada sang kekasih. Sebelum itu, Gaga juga sempat memakai kerusi roda berlapis emas 24 karat.
Lady Gaga merayakan ulang tahunnya yang ke 28 bersama kekasihnya di dekat lokasi penggambaran Taylor Kinney. Saat ini Taylor sedang menjalani penggambaran drama yang ditayangkan di NBC iaitu Chicago Fire.
Lady Gaga mengalami kecederaan pinggul sejak bulan Februari lalu. Kecederaan ini membuat Gaga membatalkan beberapa konsert dalam rangka lawatan ‘Born This Way Ball’. Gaga memilih untuk menjalani terapi ubat daripada melakukan pembedahan pinggul untuk merawat kecederaannya.