Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Living Health

[ Perhubungan / Keluarga ] 5 Tips Agar Kakak/Abang Tidak Cemburu Pada Bakal Adik

by Aida Sue
April 4, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

keluarga

Seorang kanak-kanak yang belum pernah merasa perhatian ibu bapa yang dibahagikan apabila dia mendapat adik, tentu merasa dipulaukan. Hal ini membuat anak yang lebih besar seringkali mengganggu adiknya, sebagai tanda proses atau cemburu. Selain itu jika sang kakak atau abang berumur belum dua tahun, ego pada usia ini sangat besar. Untuk menguruskan kecemburuan sang kakak atau abang terhadap adiknya, ibubapa perlu melatihnya dari kecil supaya dia tahu sebenarnya dia pun turut disayangi ibubapa dan dia perlu menyayangi adiknya juga.

Buatlah Dia Akrab dengan Kehamilan / bakal bayi anda

IKLAN

Beri info kepada kanak-kanak, apa yang bakal terjadi. Dia akan mempunyai seorang adik dan adiknya saat ini sedang ada dalam kandungan. Adik kecil yang akan dipunyainya nanti boleh dijadikan teman bermain. Izinkan si kakak atau abang bertanya apa saja tentang bakal adiknya dan izinkan pula dia memegang lembut perut anda.
Menemani anda ke hospital untuk memeriksa kandungan

Ajak anak anda untuk menemani anda memeriksa kehamilan. Anda boleh memanfaatkan masa ini dengan mengajaknya melihat paparan USG. Jelaskan bahawa gambar yang ada di USG itu nanti adalah bakal adiknya, jangan lupa berikan maklumat atau info mengenainya lebih dahulu. Anda juga boleh mengajaknya menjenguk para ibu yang baru melahirkan anda jika dibenarkan oleh doktor. Biarkan anak menyentuh bayi yang baru lahir itu agar dia tidak merasa aneh ketika adik barunya lahir.
Jadikan dia penasihat

Ajak anak anda membeli – belah keperluan bayi. Minta dia memilihkan barang atau warna yang sesuai untuk adiknya sehingga dia merasa diperlukan. Ini adalah tindakan awal yang baik agar kakak sayang pada adik barunya.
Rayakan jawatan baru dia sebagai kakak atau abang

Saat anda menyambut kelahiran bayi anda, anda juga boleh memanfaatkan waktu ini juga bersama kakak/abang bayi anda. Anda boleh mengadakan pesta yang bertema “Saya Sayang Adik” dan minta beberapa orang memberikan ucapan selamat padanya.
Sediakan Waktu Khusus Untuk Kakak/Abang

Sebelum ini anda punya program rutin khas dengannya, jadi jangan lupakan kegiatan ini walaupun anda mempunyai bayi yang baru dilahirkan. Jika ada kebersamaan yang sebelumnya ada, jangan lupakan tau. Penting bagi kanak-kanak untuk diyakinkan bahawa dia tidak dilupakan, dan tetap disayangi oleh ibu dan ayah.
Anak merasa cemburu bila anda seolah-olah mengesampingkannya setelah ada anak lagi. Dia merasa bahawa adiknya perebut perhatian anda sehingga dia seringkali melakukan hal-hal yang justeru buat orang tua semakin kesal. Kerana itu, tetap berikan perhatian yang sama dan jangan membeza-bezakan anak.

Tags: adik kakakbayiinfo perhubungankakakkakak tak cemburu pada bakal adikkasih sayangkeluargarumah tangga
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan