Filem fantasi PERCY JACKSON dan rakan-rakannya dengan kisah mengenai dewa-dewa Yunani di era moden akan memasuki babak baru. Film THE SEA OF MONSTERS ini tak lain adalah filem sekuel THE LIGHTNING THIEF yang ditayangkan pada tahun 2010. Meskipun tak sepopular filem-filem fantaasi Harry Potter, kisah Percy boleh menghiburkan penonton di seluruh dunia.

Filem kedua yang masih tetap menggunakan garapan kisah novel Rick Riordan ini akan mengisahkan Percy (Logan Lerman) hero utama yang mengembara mencari artifak kuno Golden Fleece bersama Annabeth (Alexandra Daddario), Clarisse (Leven Rambin) dan Tyson (Douglas Smith). Filem fantasi lanjutan ini bakal membawa para anak dewa tersebut sampai ke Segitiga Bermuda dan berhadapan dengan raksasa yang sangat menakutkan dan mengerikan.
Filem ini juga akan dimeriahkan oleh kehadiran para pelakon lain seperti Nathan Fillion, Jake Abel, Stanley Tucci, Anthony Head dan Brandon T Jackson. Pelakon ini bakal hadir semuanya dalam filem yang pada asalnya dikeluarkan Ogos ini di seluruh dunia.
Pengarah filem pertamanya, Chris Columbus akan digantikan oleh Thor Freudenthal untuk pembaharuan. Filem pertamanya berjaya mengaut pendapatan sebanyak USD 20 juta ( RM60 juta ) . Dengan pertukaran pengarah dan juga perkembangan cerita, filem kedua ini tentu diharapkan tampil lebih baik.
IKLAN
Trailer filem Percy Jackson 2 The Sea Of Monsters