Dalam menyokong seni, muzik dan fesyen, Edaran Tan Chong Motor pengedar Nissan Malaysia bekerjasama dengan Publika mapKL Arts Festival 2013.
Nissan Fashionably KL akan berlangsung dari 5 hingga 7 April ini yang mengadakan pameran seni, persembahan muzik secara langusung dan juga pertunjukan fesyen bagi mempromosikan empat buah kereta terbaik Nissan iaitu Nissan ALMERA, Nissan TEANA, Nissan X-GEAR dan juga satu keluaran yang belum dilancarkan Zero-Emission All-Electric Nissan LEAF.
Nissan Fashionably KL yang akan berlangsung hujung minggu ini mengajak kesemua tetamu merasai pengalaman festival bermula dari pameran seni di White Box diikuti dengan pameran esklusif di Black Box yang menampilkan para pereka tempatan seperti Syomir Izwa, Zleqha dan Allien Gan, penghujungnya akan diadakan ‘after party affair’ di The Square yang akan dihiburkan oleh DJ tempatan, DJ Chris Olivia.
Sepanjang hujung minggu, terdapat banyak aktiviti orang ramai boleh melibatkan diri seperti pameran seni yang sedia ada di White Box dan persembahan muzik terbuka di The Square yang menampilkan artis tempatan seperti Nadhira, SonaOne, BeatNation, Caprice, H3, Meliha Faisal dan banyak lagi. Mereka juga akan dapat melihat dan mengalami semua kenderaan Nissan semasa menikmati muzik secara langsung.
Semua kereta Nissan akan tersedia untuk dilihat dari 5 hingga 7 April 2013 di Nissan Fashionably KL, Publika. Acara ini dibuka kepada orang ramai pada hari Sabtu dan Ahad bersamaan 6 dan 7 April 2013.