‘Sally’ merupakan single kedua yang bakal dipromosikan oleh Alvin Anthons. ‘Sally’ bakal dimuatkan dalam album mini yang bakal berada di pasaran April ini. Setelah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan menerusi single pertamanya berjudul ‘Berdua’, Alvin kembali mengorak langkah merangka promosi bagi single ‘Sally’ ini.
Kali ini, misi diteruskan dengan memastikan klip video disiapkan terlebih dahulu sebelum lagu ‘Sally’ diedarkan ke stesen muzik. Memilih menggunakan khidmat tenaga produksi yang sama, team Alvins Anthons dan Wake The Baby, telah berangkat ke Jakarta pada March yang lalu.