Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

[ Isu Sukan ] TMJ Tarik Balik Keputusan Letak Jawatan

by Malisa Aina
April 10, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

tmj-harimau-selatan

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menarik balik keputusan meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berkuat kuasa serta merta. Ini diumumkan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada sidang media selepas menerima menghadap Tunku Ismail di Istana Pahang di sini Selasa.

Turut berangkat pada pertemuan hampir sejam itu ialah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah. Sultan Ahmad Shah bertitah keputusan itu diambil Tunku Ismail selepas dipujuk oleh baginda sendiri selain turut mendapat restu Sultan Ibrahim.

IKLAN

“Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T pada hari ini sebagaimana harapan saya telah menjadi kenyataan, bahawasanya Tunku Mahkota Johor akan kembali sebagai Presiden PBNJ…jadi saya telah menasihatkan (Tunku Ismail) supaya berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki kedudukan bola sepak di Johor,” titah baginda.

Sultan Ahmad Shah bagaimanapun bertitah Tunku Ismail tetap akan menjalani hukuman penggantungan dan denda yang diputuskan Jawatankuasa Tata Tertib FAM sebelum ini.

“Sekali anda memutuskan untuk menjadi anggota persatuan, kita tertakluk kepada undang-undang yang diperuntukkan persatuan itu…jadi tiada siapa boleh melarikan diri daripada undang-undang yang telah termaktub bertahun-tahun,” titah baginda.

Sultan Ahmad Shah turut gembira dengan pencapaian yang diraih dua pasukan di bawah PBNJ iaitu Johor Darul Takzim (Liga Super) dan Johor FA (Liga Perdana) sejak Tunku Ismail menjadi Presiden PBNJ. – BERNAMA

Tags: johorpenaung bola sepak johorpresiden bola sepak johorsultan pahangtarik balik keputusanteam bola sepaktmjtunku ismail
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan