Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan tarikh pilihan raya umum ke-13 akan berlangsung pada Ahad, 5 Mei manakala tarikh penamaan calon pada 20 April. Ini memberi tempoh berkempen selama 15 hari.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof membuat pengumuman itu dalam satu siaran televisyen hari ini selepas bermesyuarat bersama timbalan pengerusi, Datuk Wan Ahmad Wan Omar dan lima orang anggota panel. – Bernama
IKLAN
Ini adalah kali pertama tarikh untuk mengundi jatuh pada hari Ahad. Mesti ramai dah tak sabar mahu pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia yang layak mengundi.