Syarikat penerbangan tambang rendah Malaysia, Malindo Air, menawarkan tambang istimewa ke dan dari Kuching dan Kota Kinabalu, bagi pengundi yang mahu pulang untuk membuang undi dalam Pilihan Raya Umum 2013 pada 5 Mei depan.
Tambang istimewa ke Kuching daripada RM78 dan daripada RM108 ke Kota Kinabalu itu boleh ditempah segera bagi perjalanan antara sekarang dan 31 Julai, kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan.
Tambang sehala itu ditawarkan bagi 168 tempat duduk dalam kelas ekonomi di empat penerbangan harian ke dan dari Kuching serta tiga penerbangan harian ke dan dari Kota Kinabalu. – BERNAMA