Logitech memberi respon kepada para peminat muzik yang mahukan muzik asli dan muzik tulen yang boleh didengari di mana saja berada dengan pelancarannya barisan baru produk UE.
Produk Logitech ini membolehkan orang ramai menikmati muzik bila dan bagaimana mereka mahu, menyampaikan audio tanpa wayar yang lancar malah memudahkan penemuan dan membuat perkongsian yang mudah dengan barisan lengkap produk muzik yang membawa anda dari pagi hingga ke malam. Penawaran baru termasuk fon telinga, headphone, speaker tanpa wayar, radio pintar (smart radio).
Produk UE yang diperkenalkan hari ini termasuklah UE Boombox, UE Mobile Boombox UE Smart Radio, UE 9000 Headphones, UE 6000 Headphones, UE 3600 Headphones, UE 4500 Headphones and the UE 900 Noise-Isolating Earphones. Harga yang dicadangkan untuk setiap produk terdiri daripada RM379 – RM1, 299.
Semua produk tersebut dijangka terdapat di Malaysia pada bulan April dan Jun 2013. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.LogitechUE.com atau http://www.facebook.com/LogitechMalaysia.