Pulau Pinang merupakan destinasi pelancongan yang paling terkenal di semenanjung Malaysia, bahkan di serata dunia. Ianya terkenal dengan pelbagai makanan tempatan yang sedap-sedap belaka seperti Nasi Kandar, Laksa Penang, Pasembur, Rojak, Mee Goreng Mamak dan banyak lagi. Selain itu juga pantainya yang cantik seperti Batu Ferringhi menjadi tumpuan pelancong yang datang dari serata dunia. Oleh kerana setiap tahun Pulau Pinang menerima kunjungan yang ramai dari pelancong dari merata tempat, maka terdapat banyak pilihan hotel di sekitar pantainya. Baru-baru ini kami berkesempatan untuk meninjau dan membuat review mengenai hotel yang paling terkenal di Pulau Pinang bahkan di Malaysia kerana keunikannya yang tersendiri iaitu Hard Rock Hotel Penang, Malaysia. Ianya merupakan satu-satunya cawangan hotel Hard Rock di Malaysia dan antara 3 rangkaian Hard Rock Hote yang terdapat di negara Asean selain Hard Rock Hotel Bali dan Hard Rock Hotel Pattaya.

Dengan jumlah 250 bilik disediakan untuk tetamu , setiap bilik mempunyai rekaan rock moden dan kontemporari. Dengan sambungan Wi-Fi percuma, stesen dok iPod dan LCD TV 32 inchi, anda boleh terus berhubung dengan orang yang anda sayangi dan akan dilayan selama 24 jam.
Seperti yang kita ketahui Hard Rock adalah sinonim dengan muzik, keseronokan dan hiburan. Maka Hard Rock Hotel Penang menawarkan pelbagai pilihan untuk menghiburkan semua tak kira sama ada keluarga, anak kecil, individu dan juga yang datang untuk urusan kerja.
Jenis bilik untuk tetamu
Terdapat pelbagai jenis bilik untuk tetamu dengan harga yang berbeza mengikut tarikh dan saiz bilik.( harga semak disini )
- Hillview Deluxe
- Hillview Deluxe with Balcony
- Seaview Deluxe
- Lagoon Deluxe
- Lil Rock Suite
- Lil Rock Suite Courtyard
- Kings Club Seaview Deluxe
- Seaview Studio Suite
- Rock Star Suite
- Kings Suite





Berbeza dengan hotel lain
Kalau kita masuk ke dalam hotel, biasanya kita akan memakai pakaian yang sopan dan kemas, serta selalu ingin kelihatan mewah. Tetapi apabila menjejakkan kaki ke Hard Rock Hotel Penang, kita akan merasa seperti dah lama tinggal di hotel tersebut. Pekerjanya sangat ramah,santai dan saya yakin yang anda juga tidak akan merasa kekok walaupun pertama kali menjejakkan kaki ke Hard Rock Hotel Penang. Yang menariknya pekerja di hotel tersebut hanya mengenakan kemeja atau tshirt yang menggunakan logo rasmi Hard Rock Hotel, tidak seperti hotel-hotel yang lain serta kebanyakkan perkerja di sana adalah rakyat tempatan kita sendiri. Terlalu banyak yang ingin saya perkatakan mengenai pengalaman saya menginap disitu kerana setiap hari merupakan pengalaman yang amat berbeza dan menyeronokkan.
Restoran
Terdapat 6 jenis restoran/cafe untuk menjamu selera Hard Rock Hotel Penang. Antara restoran/cafe yang terdapat disini adalah





( Tunggu artikel review makanan di Hard Rock Hotel, Penang )
Perkhidmatan yang disediakan termasuklah
- Lil’ Rock Kids Club
- Teens Club
- Swimming Pool
- Rock Spa
- Body Rock Gym
- Salun kecantikan
- Rock Shop
- Memorabilia












Hiburan
Terdapat pelbagai hiburan yang dihidangkan untuk pengunjung yang ingin bersantai sambil mendengar live music. Pelbagai acara diadakan seperti konsert, gig, party buih dan lain-lain.
Dalam masa terdekat ini, akan diadakan Miss Hard Rock Penang 2013 yang bakal diadakan pada 24 Ogos 2013, Summerfest Music & Fun Carnival pada 22 dan 23 Jun 2013 dengan harga tiket RM10 untuk seorang ( sehari ) , Ultimate Foam Party pada 1 Jun 2013 ( tiket RM30 untuk seorang )

Mesyuarat dan perkahwinan
Terdapat juga bilik yang disediakan untuk mesyuarat dan juga perjumpaan serta pakej perkahwinan bagi mereka yang inginkan kelainan dan memori yang tidak dapat dilupakan.Bilik mesyuarat boleh memuatkan seramai 300 orang. Bagi pakej perkahwinan pula, ada disediakan pelbagai kemudahan seperti :
- Set makanan malam 8 course
- Teh Cina free flow
- Hiasan bunga segar termasuk gerbang perkahwinan di pintu masuk
- Latar belakang percuma dengan nama pasangan perkahwinan
- Cawan kaca disusun 5 tingkat dan jus sparkling
- Penggunaan percuma sistem PA
- Kek buah-buahan
- Perkhidmatan Rock Star untuk meja pengantin
- Persembahan makanan khusus untuk majlis
- Percuma satu malam penginapan di Suite Selebriti dengan kemudahan Rock Star dan sarapan pagi romantis di atas katil
- Penggunaan percuma untuk bilik untuk Majlis Teh 1 jam sebelum perkahwinan (tertakluk kepada TNC)
- Harga istimewa bilik untuk tetamu majlis perkahwinan
- Penggunaan taman eksklusif dan kawasan kolam renang untuk fotografi perkahwinan
- Penggunaan percuma LCD Projector
- Tempat letak kereta percuma untuk semua tetamu dan 2 tempat letak kereta VIP
- Diskaun 10% ke atas semua barangan di Hard Rock Hotel Penang untuk pasangan pengantin, ahli keluarga dan semua tetamu


Bagi anda yang inginkan pengalaman menarik di sini dan ingin mengetahui maklumat mengenai Hard Rock Hotel Penang, anda boleh layari laman web : http://penang.hardrockhotels.net/ , atau lawati laman Facebook Hard Rock Hotel Penang
Sebarang pertanyaan boleh diajukan di :
Hard Rock Hotel Penang
Batu Ferringhi Beach,
11100 Penang, Malaysia
Tel: +60 4 8811711
Fax: +60 4 8812155
Video istimewa dari Krew Wanista di Hard Rock Hotel Penang 2013