• Latest

[ Review produk ] Set penjagaan wajah Lumino White dari Elianto : Memutih dan cegah pigmentasi kulit!

April 19, 2013
Foto - Ánh Tít (Facebook)

Jururawat Vietnam Ajar Cara Bagi Bayi Lena, Hanya Bedung Guna 4 Langkah!

January 23, 2021
Foto - Instagram / Bored Panda

Jambang Ekor Monyet Jadi Pilihan, Gaya Terkini Lelaki 2021

January 23, 2021
Foto - Reader's Digest

Tarik Nafas Dan Kawal Emosi Marah Kamu Dengan Tips Bernas Ini!

January 23, 2021
Foto - Dakwah Sentap / Pesona Pengantin

Rajin Solat Tapi Otak Porno, Ustaz Don Daniyal Ajar Cara Upgrade Diri

January 22, 2021
Foto - Elite Daily

Nak Bersama Dengan Pasangan Pun Kena Hati-Hati, Kalau Tidak…

January 22, 2021
Foto - Eminetra New Zealand

5 Foto Seksi Clelia Theodorou, Wanita Viral Yang Terseksa Punya Payudara 32GG

January 22, 2021
Foto - My Info Taip / IMDB

5 Filem Melayu Psiko Thriller Best Tonton Masa PKP Ini

January 22, 2021
Foto - Pinterest

Senang ‘Kacang Goreng’, Guna Remote Saja Dah Boleh Bersih Aircond Di Rumah

January 22, 2021
Foto - Instagram Prof Dr Muhaya / Berita Harian Sg

Kerana Suruh Pesakit Henti Makan Ubat Anxiety, Prof Dr Muhaya Mohon Maaf

January 22, 2021
Foto - Reddit

Wajah Twice Tzuyu Paling Banyak Permintaan Wanita Untuk Pembedahan Plastik

January 22, 2021
Foto - Siti Nurhaliza Tarudin (Instagram)

Proses IVF Anak Kedua Buatkan Datuk Seri Siti Nurhaliza Lebih Kerap…

January 22, 2021
Foto - Arkib Wanista

Padlock Mangga Rumah Selalu Buat Hal, Ini Cara Tangani

January 21, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Entertainment

[ Review produk ] Set penjagaan wajah Lumino White dari Elianto : Memutih dan cegah pigmentasi kulit!

Aida Sue by Aida Sue
April 19, 2013
24
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

lumino

Kulit yang mengalami proses penuaan akibat terlalu kerap terdedah kepada sinaran UV cenderung untuk meningkatkan tekanan dalaman yang akhirnya menghasilkan bintik-bintik hitam. Usah biarkan tekanan dari persekitaran menjadikan kulit anda kelihatan kusam dan tidak bermaya. Memperkenalkan Sand Lily, satu penemuan baru dari sumber alam semula jadi yang berupaya mengurangkan kesan tekanan pada kulit, menghilangkan bintik-bintik hitam dan mencegah pigmentasi.

Elianto, syarikat kosmetik terkemuka di dunia yang memberi tumpuan terhadap aspek inovasi, penyelidikan dan penghasilan produk-produk penjagaan kulit bermutu tinggi, adalah syarikat pertama yang menemui keajaiban Sand Lily yang berkesan mengurangkan bintik-bintik hitam secara semula jadi. Rumusan formula yang cukup inovatif telah berjaya dihasilkan bagi memenuhi keperluan jenis-jenis kulit dengan iklim tropika. Melalui penemuan terbaru ini, Elianto merupakan jenama kosmetik pertama yang memanfaatkan khasiatnya menerusi penghasilan rangkaian produk pencerahan kulit yang canggih dan terkini, yang dikenali sebagai Lumino White.

IKLAN

Pastinya ramai yang mahu tahu apa istimewanya mengenai set penjagaan wajah Lumino White dari Elianto ini kan? Ini merupakan set penjagaan wajah yang pertama dari mereka kerana sebelum ini Elianto mengeluarkan set alat solek yang mempunyai banyak variasi.

Lumino White terdiri daripada 5 jenis produk berbeza iaitu Lumino White Intensive Essence,

Menghilangkan bintik-bintik hitam 

Kajian terbaru yang dijalankan oleh Elianto mendapati bahawa bintik-bintik hitam yang muncul di permukaan kulit terhasil akibat tekanan dalaman dan juga neuropeptida yang dialami.

Tekanan dalaman

Tekanan dalaman adalah tekanan yang terkumpul terlalu lama akibat proses penuaan dan juga disebabkan oleh terdedah kepada sinaran cahaya matahari. Apabila kulit terdedah tanpa perlindungan yang sempurna, ia akan menghasilkan melanin berlebihan yang menjadikan kulit semakin gelap. Biosintesis melanin berlaku dalam melanosom, iaitu ruang sel yang kecil pada melanosit. Melanosit membentuk jejari dendrit yang panjang, yang bersentuhan dengan keratinosit di sekelilingnya, lantas menghasilkan pigmen melanin di dalamnya. Tekanan dalaman menggalakkan aktiviti keratinosit ini, yang akhirnya membentuk bintik-bintik hitam dan kesan-kesan penuaan.

Neuropeptida

Saraf-saraf pada badan kita menghasilkan agen penghantar iaitu neuropeptida yang merangsang dendrit untuk mengaktifkan sintesis melanin. Bagi kulit yang bermasalah akibat sinaran matahari, tindak balas antara saraf dan melanosit berlaku dengan lebih aktif, menyebabkan pembentukan melanin yang melampau, dan akhirnya menghasilkan bintik-bintik hitam serta menyebabkan berlakunya pigmentasi. Dengan memendekkan saiz dendrit yang membawa keluar melanin kepada keratinosit, tindakbalas bertentangan ini dipercayai dapat mengimbangi kesan neuropeptida dan merencatkan tindak balas antara saraf dan melanosit bagi mengurangkan penghasilan melanin.

Mengembalikan keserian kulit

Dirumus dan dihasilkan di Switzerland, melalui gabungan teknologi terbaru, Lumino White Series (Rangkaian Produk Lumino White) menggunakan dua ramuan aktif utama iaitu Sand Lily dan Vitamin PP dalam pendekatan dwi-prong untuk mengurangkan bintik-bintik hitam dengan berkesan, serta mencegah berlakunya pigmentasi.

 RAMUAN UTAMA

 Lumino White Series mengoptimumkan manfaat sel-sel tumbuhan Sand Lily yang mampu mencerahkan kulit dan bertindak mengatasi kedua-dua punca dari dalam sel dan saraf yang membentuk bintik-bintik hitam akibat didorong oleh tekanan dalaman. Kaedah ini dapat mengurangkan proses sintesis dan penghasilan melanin.

 SAND LILY

Diakui antara jenis flora tercantik dari hutan Cretan, Sand Lily ditemui di kebanyakan kawasan utara pantai Chania yang terletak di Greece. Elianto merupakan syarikat pertama yang menemui kebaikan manfaat pati yang diekstrak daripada bunga berwarna putih ini selaku bahan neuro-aktif yang sangat berkesan untuk merawat bintik-bintik hitam dan menjadikan kulit cerah sekata.

Selain Sand Lily, satu lagi ramuan utama yang terkandung dalam produk ini ialah Vitamin PP di mana ianya mampu menghentikan proses penghantaran melanosom kepada keratinosit. Ia menjadikan kulit semakin bersinar dan berkesan mengecutkan dan memudarkan pigmentasi akibat faktor peningkatan usia, serta mengurangkan tanda-tanda penuaan.

 VITAMIN P

Vitamin PP bertindak melindungi kulit dengan memperkukuh lapisan perlindungan dan juga meningkatkan daya tahan kulit. Vitamin dengan pelbagai fungsi ini juga memastikan kulit sentiasa bersih, mengurangkan tanda-tanda penuaan serta mengekalkan kelembapan kulit dengan sempurna.

 

Tags: eliantolumino whiteLumino White dari EliantoLumino White Seriesset penjagaan kulit

ARTIKEL BERKAITAN

Foto - Reader's Digest
Tips

Tarik Nafas Dan Kawal Emosi Marah Kamu Dengan Tips Bernas Ini!

January 23, 2021
Foto - Dakwah Sentap / Pesona Pengantin
Tips

Rajin Solat Tapi Otak Porno, Ustaz Don Daniyal Ajar Cara Upgrade Diri

January 22, 2021
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan