Walaupun terkenal sebagai Kota Suci, di Vatican City masih terdapat sejumlah warga yang gemar melayari kandungan berbau pornografi di internet. Bandar kecil di dalam kota Rome, Itali yang berpenduduk seramai 800 orang tersebut memang tidak termasuk dalam jajaran bandar dengan jumlah muat turun (download) tertinggi di dunia, tapi hal itu tidak menghalang beberapa orang dari situ menyaksikan bintang porno terkenal Sheena Shaw, Lea Lexis, dan Krissy Lynn, serta pelakon transseksual Tiffany Starr.
Hal ini telah dibongkarkan oleh TorrentFreak yang dibantu oleh ScanEye. Aktiviti memuat turun kandungan pornografi boleh dikenalpasti dari IP Address yang terdapat di Vatican. TorrentFreak, laman perkongsian fail (file-sharing) menggunakan perkhidmatan anti-cetak rompak dari ScanEye untuk memeriksa catatan sejarah muat turun di Vatican. Catatan IP (Internet Protocol) tidak dapat menyatakan siapa yang sedang melakukan aktiviti, tetapi dapat menyatakan apa yang sedang disaksikannya.
Selain memuat turun kandungan pornografi, ada warga di Vatican juga dikesan gemar menonton acara TV Amerika seperti Chicago Fire dari NBC, The Neighbors (ABC), dan The Americans (FX).
Pornografi masih menjadi salah satu masalah terbesar bagi kebanyakkan lelaki. Di Vatican, bandar yang menjadi tempat tumpuan penganut Kristian bagi kira-kira 1.2 bilion penganut agama Katolik di seluruh dunia, seharusnya menjadi “senjata” utama untuk memerangi pengaruh pornografi di daerah tersebut. Tetapi kalau dah jadi seperti ini, bagaimana? Macam-macam!