Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result

COOL : Saintis cipta coklat kurang lemak…Guna jus buah-buahan sebagai ganti

by Aida Sue
April 12, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

hufpost

Saintis mungkin telah mencipta satu penyelesaian baru yang pasti akan mengembirakan mereka yang suka makan coklat iaitu dengan mencipta coklat tanpa lemak. Coklat yang diperbuat daripada jus buah-buahan ini menggunakan titisan kecil jus epal, oren dan kranberi dan digunakan untuk menggantikan sehingga separuh daripada kandungan lemak di dalam bar coklat
Teknik ini sesuai dengan semua jenis coklat termasuk coklat biasa, hitam, susu dan putih, tetapi tidak membuatkan produk akhir coklat rasa seperti buah.

Tetapi ada juga pilihan untuk menggunakan campuran air dan vitamin C daripada jus buah-buahan dalam usaha untuk mengekalkan rasa ‘lebih’ coklat. Teknik, yang dibangunkan oleh pasukan saintis di University of Warwick, menggantikan mentega koko dan lemak susu dalam bar coklat konvensional dengan cecair dalam bentuk mikro-buih. Ini membantu coklat mengekalkan rasa baldu coklat di dalam mulut.

IKLAN

Proses ini juga menghalang lapisan coklat berwarna putih apabila ditinggalkan dalam rak atau peti ais untuk jangka masa yang lama.  57 gram coklat gelap premium mengandungi sehingga 13g lemak, kira-kira 20 peratus daripada pengambilan lemak harian seorang individu.  Tetapi walaupun tinggi dengan kandungan lemak dan gula, coklat mempunyai tahap antioksidan atau flavonoid yang tinggi. Dan menggantikan jus buah-buahan juga boleh mengurangkan kandungan gula dalam bar coklat biasa.

Sumber : Dailymail

Tags: coklatcoklat jus buah-buahancoklat kurang lemaKcoklat sikit lemakCoklat tanpa lemakinfo coklat
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan