Calon presiden Nicolas Maduro memenangi pilihan raya presiden Venezuela dengan 51 peratus undi. Pihak berkuasa pilihan raya membenarkan beliau untuk membawa dasar sosialis mendiang Hugo Chavez. Pencabar muda Maduro, Henrique Capriles gabenor negeri Miranda mendapat 49 peratus daripada undi, pihak berkuasa berkata, peratusan undian untuk pemilihan presiden kali ini adalah yang paling sengit dan Maduro mengalahkan Henrique Capriles dengan hanya 300,000 undi. Margin ini adalah 50.8% kepada 49.1%.
Sementara itu akaun Twitter Presiden Venezuela, Nicolas Maduro dan parti pemerintah digodam hari ini ketika negara berkenaan sedang melaksanakan pilihan raya bagi memilih presiden baru. Tidak lama selepas mengambil alih akaun Maduro, yang mempunyai lebih daripada 700,000 pengikut, penggodam yang menggodam akaun itu menulis beberapa tweet yang mempunyai nada ‘humor’ atau jenaka seperti
“Terima kasih kepada semua orang-orang yang mengikuti saya di akaun Twitter ini,” “Saya hanya mendapat 700,000 pengikut dalam masa yang singkat.”
Akaun Maduro telah digodam sekitar 6:00 pagi ini semasa negara Venezuela menunggu keputusan pilihan raya presiden melawan calon pemimpin pembangkang iaitu Henrique Capriles.
Berikut adalah screenshot tweet yang dihantar dari akaun Maduro yang telah digodam ini:
“Ini adalah satu lagi tindakan terdesak penyokong pembangkang dan calon mereka, Henrique Capriles,” katanya kepada stesen televisyen rasmi, VTV.
Sumber : SINI