Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Living

[ Hiburan ] Pen jutaan ringgit untuk Kristen Stewart

by Malisa Aina
April 17, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

robert_pattinson_kristen_stewart_jalan_bareng-640x360

SEBAGAI seorang kekasih, aktor Robert Pattinson memang tidak kedekut untuk membelanjakan wang yang banyak buat Kristen Stewart. Lebih-lebih lagi, apabila ia berkaitan dengan hadiah ulang tahun.

Menurut satu sumber, Pattinson telah membelanjakan lebih RM8 juta hanya untuk membeli sebatang pen sebagai hadiah ulang tahun ke-23 kekasihnya itu baru-baru ini.

IKLAN

Pen tersebut, bagaimanapun bukan sembarangan pen.

“Hanya terdapat 40 batang pen tersebut di dalam dunia. Dia telah membeli pen itu dengan warna putih keemasan dan dihiasi dengan emas,” ujar satu sumber.

Pattinson menghadiahkan pen kepada Stewart kerana mengetahui kekasihnya itu seorang pengumpul pelbagai jenis dan bentuk pen. Justeru, dia melihat pemberian tersebut sebagai sangat sesuai.

Bagaimanapun, menurut sumber yang sama, Pattinson tidak sekadar memberi sebatang pen, sebaliknya turut memberi seutas gelang dan memujuk Stewart untuk kembali tinggal bersamanya selepas mereka berpisah beberapa bulan lalu. -KOSMO

Tags: hadiah kristen dari roberthadiah robert kepada kristenkristen dan robertpen jutaan ringgitpen jutaan ringgit untuk kristen
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan