Seperti sedia maklum, kami telah pun mempromosikan set value meal ‘hot lunch’ dari Restoran Korea, Bulgogi Brothers di dalam artikel sebelum ini. Jadi, semalam kami berpeluang mencuba set value meal ‘hot lunch’ yang terpilih di cawangannya terletak di [email protected]. Kami telah mencuba Chicken Bibimbap Set, Janchi Guksu Set, Spicy Chicken Maekjeok Set dan Unyangsik Bulgogi Set.
Secara keseluruhannya set value meal ‘hot lunch’ berbaloi dan sangat sedap malah dengan harga yang berpatutan, semestinya anda patut cuba. Servis yang cepat dengan suasana restoran yang nyaman dipasang dengan muzik korea terasa seperti anda berada di sana saja. Kiranya, ‘all in korea’. Promosi hidangan set ‘Hot Lunch’ ditawarkan di semua Brothers Bulgogi Korean BBQ Restoran di Malaysia dan disediakan dari hari Isnin hingga Jumaat hingga jam 3 petang. Di sini diletakkan harga dan set value meal ‘hot lunch’ yang kami berpeluang rasa.

RM 16.90

RM 25.90

RM 22.90

RM 19.90
Jadi, para penggemar makanan korea atau sesiapa yang baru belajar makan makanan korea jangan lupa datang ke Restoran Korea, Bulgogi Brothers di cawangan berhampiran anda… 🙂