• Latest
Berita Semasa :  Manifesto BN Selangor jamin teruskan air percuma 20 meter

Berita Semasa : Manifesto BN Selangor jamin teruskan air percuma 20 meter

April 18, 2013
Rajin Solat Tapi Otak Porno, Ustaz Don Daniyal Ajar Cara Upgrade Diri

Rajin Solat Tapi Otak Porno, Ustaz Don Daniyal Ajar Cara Upgrade Diri

January 22, 2021
Nak Bersama Dengan Pasangan Pun Kena Hati-Hati, Kalau Tidak…

Nak Bersama Dengan Pasangan Pun Kena Hati-Hati, Kalau Tidak…

January 22, 2021
5 Foto Seksi Clelia Theodorou, Wanita Viral Yang Terseksa Punya Payudara 32GG

5 Foto Seksi Clelia Theodorou, Wanita Viral Yang Terseksa Punya Payudara 32GG

January 22, 2021
5 Filem Melayu Psiko Thriller Best Tonton Masa PKP Ini

5 Filem Melayu Psiko Thriller Best Tonton Masa PKP Ini

January 22, 2021
Senang ‘Kacang Goreng’, Guna Remote Saja Dah Boleh Bersih Aircond Di Rumah

Senang ‘Kacang Goreng’, Guna Remote Saja Dah Boleh Bersih Aircond Di Rumah

January 22, 2021
Kerana Suruh Pesakit Henti Makan Ubat Anxiety, Prof Dr Muhaya Mohon Maaf

Kerana Suruh Pesakit Henti Makan Ubat Anxiety, Prof Dr Muhaya Mohon Maaf

January 22, 2021
Wajah Twice Tzuyu Paling Banyak Permintaan Wanita Untuk Pembedahan Plastik

Wajah Twice Tzuyu Paling Banyak Permintaan Wanita Untuk Pembedahan Plastik

January 22, 2021

Proses IVF Anak Kedua Buatkan Datuk Seri Siti Nurhaliza Lebih Kerap…

January 22, 2021
Padlock Mangga Rumah Selalu Buat Hal, Ini Cara Tangani

Padlock Mangga Rumah Selalu Buat Hal, Ini Cara Tangani

January 21, 2021
Nak Bagi Lagi Rangup Udang Goreng, Yatie Sendayu Tinggi Beri Tips

Nak Bagi Lagi Rangup Udang Goreng, Yatie Sendayu Tinggi Beri Tips

January 21, 2021
10 Makanan Yang Kamu Makan Banyak Mana Pun Tetap Kurus

10 Makanan Yang Kamu Makan Banyak Mana Pun Tetap Kurus

January 21, 2021
Kenapa Orang Jepun Suka Sangat Makan Ikan Mentah, Sedap Ke?

Kenapa Orang Jepun Suka Sangat Makan Ikan Mentah, Sedap Ke?

January 21, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

Berita Semasa : Manifesto BN Selangor jamin teruskan air percuma 20 meter

Aida Sue by Aida Sue
April 18, 2013
Berita Semasa :  Manifesto BN Selangor jamin teruskan air percuma 20 meter
20
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

bnmanifesto

Manifesto Barisan Nasional (BN) Selangor yang menggariskan tujuh intipati utama dibentangkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri yang juga Pengarah Pilihan Raya BN Selangor, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Manifesto BN Selangor atau lebih dikenali sebagai akujanji BN Selangor pada kali ini bertemakan “Keamanan, Kestabilan, Kemakmuran”.

IKLAN

Tujuh teras yang digariskan dalam manifesto BN Selangor ialah Masa Depan Lebih Cerah, Masyarakat Lebih Prihatin, Kualiti Kehidupan Lebih Selamat dan Sejahtera, Perumahan Lebih Mampu Milik, dan Selangor Lebih Inovatif, Lebih Daya Saing.

Selain itu, manifesto BN juga menggariskan Selangor Lebih Progresif dan Selangor Lebih Mesra, Alam Lebih Bersih.

Antara janji BN dalam manifesto yang dibentangkan adalah meneruskan pemberian air percuma 20 meter padu sepertimana yang diberikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor. BN Selangor juga akan membiayai kos menukar meter bekalan air pukal kepada meter individu secara percuma. Selain itu BN Selangor akan memberi bantuan sara hidup minimum sebanyak RM250 kepada golongan miskin, ibu tunggal dan OKU. BN juga jika kembali mentadbir Selangor akan menyemak dan menurunkan cukai pintu, tanah dan perniagaan yang membebankan pengguna.

Selain itu, BN akan memperkenalkan pusat jagaan harian kepada ibu bapa yang bekerja menempatkan anak-anak mereka yang berusia antara tiga bulan hingga tiga tahun di pusat-pusat jagaan yang telah ditetapkan.

Terletak di pusat-pusat bandar utama seperti Shah Alam, Petaling Jaya, Subang Jaya dan beberapa lokasi lagi, pusat jagaan ini juga boleh menjadi transit kepada anak-anak sekolah sementara menunggu ibu bapa selesai bekerja dan penjagaan untuk warga emas sewaktu anak bekerja di siang hari.

Malah turut disediakan ialah ‘shuttle bus’ percuma menghubungkan taman-taman perumahan dengan stesen pengangkutan awam KTM Komuter, LRT dan MRT.

BN dalam manifestonya turut berjanji untuk melakukan penstrukturan semula tol Lebuhraya Plus Batu Tiga, Shapadu dan LDP Sunway.

Selain itu, BN turut melakukan penyelarasan harga bayaran tempat kereta awam di seluruh Selangor.

Menerusi teras Perumahan Lebih Mampu Milik, BN Selangor berjanji untuk mengembalikan peranan utama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS dan Permodalan Negeri Selangor (PNSB) dalam menyediakan rumah yang mampu dimiliki rakyat Selangor.

Sebanyak 25,000 unit Rumah Mesra Rakyat dan PPRT untuk penduduk pinggiran atau luar bandar bernilai RM50,000 akan dibina.

Selain itu, BN Selangor juga berhasrat untuk mengembalikan peranan Yayasan Selangor selain Unisel untuk kecemerlangan pendidikan di negeri ini.

RM500 peruntukan pembayaran sekali gus bagi setiap kelahiran baru anak Selangor sebagai deposit awal tabung Skim Simpanan Pendidikan Nasional akan diperkenalkan.

BN Selangor dalam manifestonya turut berjanji untuk membangunkan Koridor Baru ‘Selangor Global Logistic Hub’ membabitkan kawasan antara pelabuhan Klang, Kota Raja dan KLIA di Sepang untuk menarik pelabur asing dan membuka 560,000 peluang pekerjaan jika berjaya menawan kembali negeri ini. – Bernama

Tags: barisan nasionalbersihdaftar undi 2013info manifesto 2013info mengundiisu politikisu semasaMalaysiamanifestomanifesto barisan nasionalmanifesto bnmanifesto bn 2013manifesto bn selangormanifesto pakatan rakyat 13manifesto prmanifesto pr pru13pembentangan manifestopenamaan calonpertama kali undipilihan raya umumpilihanrayapilihanraya malaysiapilihanraya umum 13politikpolitik malaysiaprupru13tarikh pilihan raya umum 2013tarikh pilihanrayatips mengundiumno

ARTIKEL BERKAITAN

Kerana Suruh Pesakit Henti Makan Ubat Anxiety, Prof Dr Muhaya Mohon Maaf
Berita & Isu Semasa

Kerana Suruh Pesakit Henti Makan Ubat Anxiety, Prof Dr Muhaya Mohon Maaf

January 22, 2021
IKEA Jual Beg Kitar Semula Walaupun Dah Salah Cetak, Tapi Sumpah Cool!
Berita & Isu Semasa

IKEA Jual Beg Kitar Semula Walaupun Dah Salah Cetak, Tapi Sumpah Cool!

January 20, 2021
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan