Ada mereka yang mempercayai bahawa hipnoterapi merupakan penyelesaian bagi mereka yang menderita fobia. Tanpa perlu menggunakan ubat-ubatan atau kesan sampingan adalah salah satu sebab mengapa terapi ini disarankan menjadi pilihan mereka jika ada orang-orang yang mengalami ketakutan terhadap sesuatu hal secara berlebihan.
Tetapi benarkah dengan rawatan hipnoterapi, seseorang boleh benar-benar bebas dari ketakutannya? Sebelum menjawab hal itu ada baiknya kita mengetahui cara hipnoterapi secara umum.
Amalan hipnoterapi biasanya menggunakan kata-kata untuk mengatasi masalah yang sedang dihadapi pesakit. Hypnotherapist akan meminta kesediaan pesakit untuk mengikuti saranan yang dia tanamkan ke alam dibawah sedar fikiran pesakit. Jadi, yang difokuskan oleh hypnotherapist adalah alam dibawah sedar fikirannya.
Sekurang-kurangnya ada 5 cara yang digunakan seorang hypnotherapist untuk masuk ke dalam alam bawah sedar seseorang:
1. Wakil
2. Pengenalan kumpulan atau keluarga
3. Maklumat yang disampaikan oleh sesiapa yang mempunyai kuasa atau terapat dengan pesakit
4. Emosi yang tak stabil
5. Keadaan alfa atau hipnosis
Melihat cara penerapan hipnoterapi diatas maka dapat kita simpulkan bahawa kata-kata positif lah yang menjadi “ubat sebenar” si terapi untuk menyembuhkan seorang yang bermasalah termasuk mereka-mereka yang menderita fobia.
Ada beberapa sebab mengapa hipnoterapi bukanlah jawapan kepada derita ketakutan yang kita alami:
1. Menanamkan kata-kata yang positif tak selalu dapat membuat respon kita terhadap ketakutan kita akan sentiasa kekal. Justru, akan ada titik dimana saranan yang masuk ke fikiran anda tidak dapat mengatasi ketakutan anda.
2. Menitikberatkan rawatan pada alam bawah sedar tidak automatik membuat diri seseorang akan menjadikan peribadi yang berani baik saat itu atau bahkan dikemudian hari juga. Harus diakui dalam diri manusia terkadang terdapat ketakutan-ketakutan yang begitu besar dan hanya boleh dibantu oleh Tuhan.
Jika begitu, apakah penyelesaian tepat bagi mereka yang menderita fobia? jawapannya adalah:
1. Si Pesakit harus menyedari fobia terhadap sesuatu hal adalah salah sehingga ia perlu mengambil mengambil keputusan untuk mengalahkan ketakutannya tersebut.
2. Minta Tuhan untuk membantu anda mengatasi fobia yang anda alami. Berdoa dan bacalah AlQuran atau kitab agama anda hari demi hari. Dengan melakukan itu, anda akan menemui siapakah diri anda dan bahkan anda bakal menemukan cara keluar dari ketakutan-ketakutan berlebihan anda.
Jadi kesimpulan dari semua yang telah dipaparkan disini adalah bahawa diri anda dan Tuhan lah yang sanggup menyembuhkan fobia anda.