Hard Rock Kafe Kuala Lumpur dan Melaka memberi peluang kepada para peminat memenangi satu lawatan tajaan penuh mereka bagi menyaksikan salah satu konsert yang dinanti-nantikan di London – Hard Rock Calling 2013! Kedua-dua kafe bekerjasama menawarkan pengikut setia mereka dengan perjalanan yang luar biasa untuk satu konsert yang paling mewah tahun ini.
Dihasilkan oleh Live Nation dan dibentangkan oleh Hard Rock International, ianya akan berlangsung dari 29-30 Jun di Queen Elizabeth Taman Olimpik di London. Barisan penghibur untuk Hard Rock Calling 2013 akan menampilkan beberapa pemuzik terkenal di dunia dan artis paling hangat pada masa kini, nama-nama seperti Bruce Springsteen and the E Street Band and Kasabian juga turut memeriahkan Hard Rock Calling 2013.
Bukan itu saja, penghibur tersebut akan menyertai barisan legenda rock ‘n’ roll seperti Aerosmith, Eric Clapton, Paul Simon, Neil Young, Paul McCartney, Stevie Wonder, The Who, Pearl Jam, Peter Gabriel, The Killers, The Police, Rod Stewart dan Bon Jovi, yang pernah menghiasi pentas Hard Rock Calling.
Nak tahu lebih detail tentang Hard Rock Calling 2013, lawati www.hardrockcalling.co.uk untuk maklumat tambahan, atau di Facebook: Hard Rock Cafe Kuala Lumpur atau Hard Rock Cafe Melaka.