Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Hiburan Gosip Tempatan

[ Gossip Tempatan ] Qi dan Nelydia Sedang Ingin Bercinta…….

by Malisa Aina
April 23, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

nelydia&qi

KEMESRAAN yang ditampilkan oleh pelakon Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen dan Qushairi Mohammed Razali atau Qi Razali semasa menjayakan acara Liga Juara Hot FM baru-baru ini seperti mengesahkan kedua-duanya sedang dilamun cinta.

Sebelum ini gambar mesra pasangan tersebut yang dimuat naik ke dalam laman sosial Instagram masing-masing menjadi tatapan peminat sehingga ramai yang mengandaikan sudah terjalin ikatan cinta antara mereka berdua. Ketika diminta mengulas tentang status hubungan mereka sekarang ini, Qi dan Nelydia menyatakan bahawa mereka kini masih belum menjalinkan hubungan percintaan, sebaliknya hanya rapat sebagai seorang teman.

IKLAN

Menurut Qi, sebelum ini dia atau Nelydia tidak pernah membuat kenyataan yang mereka kini sedang bercinta. Bagaimanapun, mereka juga tidak menyembunyikan hubungan yang sekarang ini semakin erat dan dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

“Sebelum ini kami tidak pernah membuat kenyataan tentang status hubungan kami. Ya, kami memang berkawan dan saya akui hubungan dengan Nelydia sekarang bertambah rapat. Saya boleh melabelkan hubungan kami kini berada dalam peringkat proses mengenali hati budi masing-masing,” jelas Qi tanpa berselindung.

“Saya berasa cukup selesa sepanjang berkawan dengannya. Walaupun dia baru berusia 19 tahun, namun saya dapati Nelydia seorang gadis yang cukup matang dan berfikiran jauh. Dia juga seorang yang periang,” ujarnya yang begitu menyenangi sikap Nelydia.

Ditanya tentang jarak usia mereka yang cukup berbeza iaitu sebanyak 16 tahun, Qi yang kini berusia 35 tahun memberitahu dia tidak mempunyai masalah dengan jurang perbezaan tersebut. Malah, katanya dalam nada serius, dia juga tidak menjadikan faktor usia sebagai halangan buat mereka menjalinkan hubungan dengan lebih rapat.

Ketika ditanya bila dia akan menamatkan zaman bujangnya memandangkan usia yang semakin bertambah, Qi menjelaskan perancangan untuk berkahwin memang ada, tetapi dia mahu mengenali Nelydia dengan lebih dalam lagi.
“Harus saya akui, sejujurnya, saya memang meletakkan harapan yang tinggi agar hubungan saya dan Nelydia menjadi lebih serius memandangkan kami juga sudah bertemu keluarga masing-masing. Bagaimanapun, itu semua terserah kepada jodoh,” jelasnya lagi.
qi-nelydiacinta
nelydiee
Wow kalau begitu kenyataan mereka berdua, kami di Wanista doakan agar hubungan mereka berkekalan….amin
-KOSMO –

 

IKLAN
Tags: bercintaberhubungangossip bercintagossip tempatannelydia senroseqiqi dan nelydia bercintasedang bercintasedang ingin bercinta
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan