Ya, mereka datang ke Malaysia….FC Barcelona akan datang ke Malaysia untuk mengambil bahagian dalam perlawanan persahabatan di Kuala Lumpur (Malaysia) pada 10 Ogos ini.
Perlawanan ini telah menarik banyak perhatian di Malaysia seperti yang dapat dilihat dengan ‘coverage’ yang diberikan oleh media tempatan. Ini merupakan kali pertama FC Barcelona turun dan bermain di Malaysia. Barça mempunyai ramai pengikut di kalangan peminat tempatan dan Malaysia berada di kedudukan nombor 15 dalam bilangan peminat Facebook dengan 779,910 peminat.
Kehadiran FC Barcelona di negara ini juga akan membantu mempromosikan kempen ‘Tahun Melawat Malaysia 2014’, yang dianjurkan oleh Kementerian Malaysia Pelancongan.
Pemain Malaysia seperti Mahalla Jasuli, Norshahrul Idlan Talaha, Khairul Fahmi Che Mat, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak dan Safiq bin Rahim akan turut serta dalam perlawanan persahabatan ini.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk melihat bintang bola sepak kesukaan anda dari jarak dekat.. Nak dapatkan tiket, lawati link ini.. www.ilassotickets.com/event/view/396