Satu siri televisyen di Norway telah diselar gara-gara mempermainkan agama Islam dalam rancangan televisyen mereka. Mereka menyuruh seramai lima orang gadis memeluk agama Islam untuk memenangi tiket konsert Justin Bieber di Norway. Bieber berada di Norway pada awal bulan ini kerana konsert jelajah dunia beliau.
Lima remaja perempuan tersebut bersetuju untuk menukar agama mereka untuk menerima tiket bagi menyaksikan persembahan bintang pop kegemaran mereka dan sama sekali tidak menyedari mereka sedang ditipu.
Dalam rancangan komedi yang bertajuk The Anne-Kat Hærland menunjukkan gadis-gadis itu membuang alat solek mereka, memakai hijab dan mengucapkan ayat “Justin Bieber adalah tidak suci dan mungkin gay” dalam bahasa Arab.
Bishop Halvor Nordhaug, dari Gereja Lutheran Norway, memberitahu akhbar tempatan Dagen bahawa tindakan mereka itu adalah sesuatu yang ‘tragik’. Beliau juga berkata: “Ini adalah satu contoh di mana idea ironi bertukar menjadi sesuatu yang tragis.
Justin Bieber baru-baru ini membatalkan konsertnya di Oman selepas pemimpin-pemimpin Islam di negara ini mengkritik penyanyi itu dan menyifatkan tariannya sebagai “terlalu seksi”.