Trailer rasmi pertama bagi filem sekuel Thor iaitu Thor 2 : The Dark World kini telah dimuatnaik di laman Youtube. Trailer ini menunjukkan Jane Foster yang berada di Asgard dan mendedahkan info lebih lanjut mengenai plot terbaru, ancaman dan juga sahabat baru Thor. Filem baru ini juga sarat dengan adegan kemusnahan dan peperangan sama seperti dalam filem superhero sama sebelumnya dan cintanya untuk Foster kelihatan diuji sekali lagi. Filem ini dibintangi Chris Hemsworth dan Natalie Portman dan diarahkan oleh Alan Taylor dan bakal ditayangkan pada 8 November 2013.
Sinopsis dari Wiki :
Selepas satu tahun kisah The Avengers, [2] Thor sekali lagi berada dalam medan pertempuran untuk menyelamatkan semua Nine Realms dari musuh misteri alam semesta itu sendiri. Walau bagaimanapun, satu kaum primitif yang diketuai oleh Malekith, keluar untuk membalas dendam, bercadang untuk terjun alam semesta dan menjadikan semua berada dalam kegelapan. Berhadapan dengan musuh yang lebih berkuasa sehinggakan Odin dan Asgard tidak boleh mengatasi mereka, Thor mesti bersatu kembali dengan Jane Foster dan menghadapi perjalanan berbahaya yang akan memaksa beliau untuk membuat pengorbanan.
Jom tengok gambar semasa penggambaran filem Thor 2 ini dan juga klip trailer filem!