Semuanya bermula apabila Selena Gomez mengambil kesempatan untuk ke Oslo, Norway, bagi menyaksikan persembahan Justin Bieber di sana. Melalui perlakuan dan bahasa badan, nampaknya khabar angin mengenai mereka kini kembali bercinta memang benar. Ketika menunggu Bieber di belakang pentas, Gomez sempat melayangkan ciuman panas ke bibir bekas teman lelakinya itu.
Mereka berpegangan tangan, berpeluk dan berciuman. Sepertinya mereka sudah kembali bersama, dan tidak nampak langsung mereka pernah berpisah sebelum ini,” kata sumber.
Gomez dan Bieber sebelum ini hangat bercinta sebelum berpisah pada penghujung tahun lepas. Selepas berpisahan masing-masing tetap menghubungi antara satu sama lain, setiap masa.
Menurut sumber terdekat selepas berpisah, Gomez tidak sudah-sudah mengganggu hidup Bieber melalui panggilan telefon dan SMS.
Gomez seolah-olah mencabar Bieber kerana pada waktu yang sama, wanita kelihatan seperti berlagak tidak mahu kembali bersamanya.