• Latest
[ Review / Sinopsis filem ] Iron Man 3.. filem superhero yang superb dari Marvel!

[ Review / Sinopsis filem ] Iron Man 3.. filem superhero yang superb dari Marvel!

April 25, 2013
Rajin Solat Tapi Otak Porno, Ustaz Don Daniyal Ajar Cara Upgrade Diri

Rajin Solat Tapi Otak Porno, Ustaz Don Daniyal Ajar Cara Upgrade Diri

January 22, 2021
Nak Bersama Dengan Pasangan Pun Kena Hati-Hati, Kalau Tidak…

Nak Bersama Dengan Pasangan Pun Kena Hati-Hati, Kalau Tidak…

January 22, 2021
5 Foto Seksi Clelia Theodorou, Wanita Viral Yang Terseksa Punya Payudara 32GG

5 Foto Seksi Clelia Theodorou, Wanita Viral Yang Terseksa Punya Payudara 32GG

January 22, 2021
5 Filem Melayu Psiko Thriller Best Tonton Masa PKP Ini

5 Filem Melayu Psiko Thriller Best Tonton Masa PKP Ini

January 22, 2021
Senang ‘Kacang Goreng’, Guna Remote Saja Dah Boleh Bersih Aircond Di Rumah

Senang ‘Kacang Goreng’, Guna Remote Saja Dah Boleh Bersih Aircond Di Rumah

January 22, 2021
Kerana Suruh Pesakit Henti Makan Ubat Anxiety, Prof Dr Muhaya Mohon Maaf

Kerana Suruh Pesakit Henti Makan Ubat Anxiety, Prof Dr Muhaya Mohon Maaf

January 22, 2021
Wajah Twice Tzuyu Paling Banyak Permintaan Wanita Untuk Pembedahan Plastik

Wajah Twice Tzuyu Paling Banyak Permintaan Wanita Untuk Pembedahan Plastik

January 22, 2021

Proses IVF Anak Kedua Buatkan Datuk Seri Siti Nurhaliza Lebih Kerap…

January 22, 2021
Padlock Mangga Rumah Selalu Buat Hal, Ini Cara Tangani

Padlock Mangga Rumah Selalu Buat Hal, Ini Cara Tangani

January 21, 2021
Nak Bagi Lagi Rangup Udang Goreng, Yatie Sendayu Tinggi Beri Tips

Nak Bagi Lagi Rangup Udang Goreng, Yatie Sendayu Tinggi Beri Tips

January 21, 2021
10 Makanan Yang Kamu Makan Banyak Mana Pun Tetap Kurus

10 Makanan Yang Kamu Makan Banyak Mana Pun Tetap Kurus

January 21, 2021
Kenapa Orang Jepun Suka Sangat Makan Ikan Mentah, Sedap Ke?

Kenapa Orang Jepun Suka Sangat Makan Ikan Mentah, Sedap Ke?

January 21, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Living

[ Review / Sinopsis filem ] Iron Man 3.. filem superhero yang superb dari Marvel!

Aida Sue by Aida Sue
April 25, 2013
[ Review / Sinopsis filem ] Iron Man 3.. filem superhero yang superb dari Marvel!
23
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

ironman3

Semalam kami telah menonton tayangan filem superhero Marvel yang terbaru iaitu Ironman 3 yang diedarkan oleh Walt Disney Studios dan Motion Pictures. Memang filem ini telah ditunggu-tunggu oleh peminat filem superhero dan ternyata kami tidak kecewa dengan jalan cerita dan juga cinematografi filem ini.

Film Iron Man 3 adalah sekuel untuk filem Iron Man dan Iron Man 2, dan filem ketujuh Marvel Universe dan merupakan filem superhero Marvel pertama selepas tayangan  The Avengers. Filem ini dibintangi oleh Robert Downey, Jr sebagai watak utama, dengan bintang ternama lain seperti Gwyneth Paltrow, Don Cheadle, dan Favreau yang memainkan peranan mereka sebagai Lada Potts, James Rhodes, dan Happy Hogan. Guy Pearce, Rebecca Hall, Stephanie Szostak, James Badge Dale, dan Ben Kingsley juga adalah pelakon utama lain dalam filem itu. Filem ini bakal ditayangkan kepada umum pada 26 April 2013.

IKLAN

Sinopsis 

Selepas peristiwa The Avengers,  Tony Stark telah mengalami sindrom panik melampau dan telah membina beberapa suit Iron Man dirumahnya . Keadaannya itu telah menyebabkan hubungannya tegang dengan kekasihnya Pepper Potts yang merupakan CEO Stark Industries. Dalam siri flashback pada malam tahun baru 1999, Stark bersama kekasihnya pada masa itu seorang saintis botani , Maya Hansen,telah menolak mentah-mentan pelawaan Aldrich Killian, yang mahu sokongan Stark dalam usahanya meneruskan program Advanced Idea Mechanics.

ironman
Pada masa kini, terdapat rentetan pengeboman oleh pengganas yang menggelarkan dirinya ‘Mandarin’ dan telah membuatkan agensi perisikan bingung kerana kekurangan bukti forensik. Apabila ketua keselamatan Stark Industries, Happy Hogan, terperangkap dalam salah satu serangan itu, Stark telah mencabar ‘Mandarin’ dan menyebabkan mereka bertindak balas dengan memusnahkan rumah Stark. Potts dan Hansen, yang datang untuk memberi amaran kepada Stark, dapat menyelamatkan diri dan begitu juga Stark walaupun terjatuh ke dasar laut, dan mendapati dirinya di luar bandar Tennessee selepas kepintaran beliau mencipta suit besi JARVIS yang tidak mempunyai kuasa yang mencukupi untuk pulang ke California, dan dunia percaya beliau telah pun mati dalam serangan itu.

ironman3-b
Stark bekerjasama dengan Harley, seorang budak lelaki berumur 10 tahun untuk menyiasat letupan yang berlaku di Tennesse yang mengandungi bukti lengkap serangan Mandarin. Beliau mendapati letupan telah dicetuskan oleh askar dari program jahat Aldrich Killian. Eksperimen itu bertujuan untuk membolehkan pengguna untuk pulih daripada kecederaan yang teruk. Walau bagaimanapun, jika badan pengguna tidak sesuai dengan eksperimen tersebut boleh membuatkan pengguna panas dan badan mereka meletup. Stark percaya mereka menjadi mangsa plot jahat Killian.

mandarin-ironman3
Stark menyusup masuk ke dalam ibu pejabat Mandarin menggunakan pelbagai senjata buatan sendiri di mana beliau menemui Mandarin yang sebenarnya adalah pelakon British yang bernama Trevor Cassidy, yang merupakan seorang pelakon yag ketagih dadah. Watak Mandarin adalah satu ciptaan Killian dimana membolehkan Killian boleh menakluk dunia dengan membunuh Presiden Amerika pada ketika itu.

ironman3-a
Killian juga telah memanipulasi agensi perisikan Amerika mengenai lokasi Mandarin, dan menangkap Kolonel James Rhodes tetapi beliau berjaya melepaskan diri. Stark dan Rhodes telah berjaya mengesan lokasi Killian yang bercadang untuk membunuh Presiden Amerika, Ellis di kaca televisyen secara langsung. Stark berjaya menyelamatkan Presiden Amerika dan selepas pertempuran, Stark memberikan pesanan kepada suit JARVIS untuk memusnahkan suit Iron Man lain, supaya dia dapat menumpukan lebih banyak masa bersama Potts.
Dalam scene selepas kredit filem, menunjukkan Stark sebenarnya telah bercakap dengan seseorang mengenai traumanya. Kamera menunjukkan wajah Dr Bruce Banner ( Hulk ) yang bangun dari tidur semasa Stark meluahkan kisah traumanya.

Review 

Filem Iron Man 3 sarat dengan aksi yang mendebarkan dan juga skrip yang agak kelakar pastinya akan membuatkan anda tergelak apabila melihat filem ini. Kami suka chemistry di antara Tony Stark dan juga Pepper Potts dan lakonan Killian juga tidak kurang hebatnya. Watak kanak-kanak iaitu Harley yang bijak dan juga bersahaja membuatkan filem ini lebih menarik. Aksi paling mendebarkan adalah apabila rumah Stark diserang oleh pasukan jahat Killian dan aksi paling melucukan adalah dimana Stark membongkar identiti sebenar Mandarin yang merupakan pelakon dan penagih dadah. Kami berikan filem ini 4.5 dari 5 bintang! Rugi tak tengok!

Tags: [ Review / Sinopsis filem ] Iron Man 3.. filem superhero yang superb dari Marvel!filemfilem iron man 3filem ironman 3iron man 3iron man 3 malaysiairon man 3 reviewiron man 3 sinopsis bahasaironman 3review filemreview filem iron man 3review ironmansinopsis filem

ARTIKEL BERKAITAN

Filem The Call Lakonan Park Shin-hye Sangat Menakutkan!
Review - Filem

Filem The Call Lakonan Park Shin-hye Sangat Menakutkan!

December 3, 2020
Wanita Pun Alami Mimpi Basah, Bukan Lelaki Saja
Health

Wanita Pun Alami Mimpi Basah, Bukan Lelaki Saja

October 27, 2020
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan