Dari beg tangan hula hoop gergasi hinggalah kepada clutch tangan berbentuk kaset, Karl Lagerfeld telah membuktikan bahawa dirinya adalah raja reka bentuk beg yang pelik tetapi menawan. Dan pada minggu fesyen musim bunga / musim panas 2013, beliau menunjukkan koleksi beg clutch plastik Chanel yang berbentuk seperti Lego. Harga untuk clutch berwarna-warni daripada plastik ini adalah lebih dari RM25,000 setiap satu. Clutch ini terdapat dalam pelbagai warna di antaranya hijau limau, merah, kuning dan merah jambu.
Walaupun beg itu diperbuat daripada bahan Plexiglas yang agak murah, harga beg itu juga adalah dua kali ganda daripada harga beg tangan quilted Chanel yang biasa. Kim Kardashian adalah selebriti yang pertama yang mempamerkan clutch Chanel Lego ini yang berwarna limau hijau di laman sosial Instagram beliau. So cantik ke tak beg RM25ribu ini? Yay or nay?