Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

[ Isu & Kehidupan ] Lima sekeluarga maut ketika Hari Pekerja

by Lisa Aina
May 2, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

ne_03.1

Lima sekeluarga maut manakala seorang lagi parah selepas kereta jenis Honda Accord yang mereka naiki terlibat dalam satu kemalangan ngeri di Kilometer 17.9 menghala ke utara Lebuhraya Utara-Selatan kira-kira semalam.

Mereka yang terkorban dalam kejadian pukul 4 petang itu ialah P. Pavai, 65, serta dua anaknya, R. Selvarani, 46, dan R. Gita, 43. Dua cucu Pavai iaitu G. Viknes, 19, dan A. Akash, 7, pula mati ketika dikejarkan ke Hospital Temenggung Ibrahim, Kulaijaya. Viknes merupakan pemandu kereta itu. Anak Gita, G. Vinithaa, 16, pula kritikal dan kini dirawat di Hospital Pakar Johor.

IKLAN

Difahamkan mereka sekeluarga dalam perjalanan pulang ke bandar Kulai setelah bersembahyang di salah sebuah kuil di Masai pada pukul 11 pagi.

Ketua Polis Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya berkata, kemalangan berlaku apabila kereta itu terbabas lalu merempuh tiang penunjuk jalan di bahu kiri jalan.

“Akibat rempuhan itu, tiga mangsa mati di tempat kejadian manakala seorang kanak-kanak tercampak keluar dari kenderaan terbabit. Dua lagi maut ketika dalam perjalanan ke hospital,” katanya ketika dihubungi di sini malam tadi. – kosmo

Tags: 5 sekeluarga mauthari pekerjakejadian ketika hari pekerjakematianmalang menimpa ketika hari pekerjamalapetakamautmaut menimpa ketika hari pekerja
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan