Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Hiburan Gosip Tempatan

[ Hiburan ] Azhar Sulaiman Buat Laporan Polis Akaun FB Digodam

by Malisa Aina
May 2, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

pix_gal0

Pelakon filem dan TV tanah air Azhar Sulaiman merupakan mangsa terbaru pembuli siber berikutan tindakannya menyatakan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN).

Akaun Facebook (FB) pelakon itu digodam teruk oleh pembuli siber apabila memuat-naik dua video di laman sosial tersebut dan YouTube menyatakan sokongan kepada BN minggu lepas dan menimbulkan rasa tidak puas hati penyokong Pakatan Rakyat (PR).

IKLAN

Berikutan dengan ugutan dan cemuhan tersebut, beliau telah bertindak dengan membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail petang ini, bagi menjamin keselamatan dirinya, kata Azhar pada sidang berita di sini.

Akaun FBnya yang mempunyai 11,000 pengikut digantung Ahad lepas berikutan tindakan menggodam oleh pembuli siber.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Azlee Abdullah berkata pihaknya telah menerima laporan Azhar dan sedang menyiasat.

Sebelum ini pelakon antarabangsa Michelle Yeoh dikritik oleh penyokong PR apabila menyatakan sokongannya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di satu jamuan malam di Klang pada 20 April lepas.

Penyanyi Eric Moo turut dikutuk dan diugut kerana membuat persembahan di satu konsert dipercayai dianjur oleh BN. – BERNAMA

Tags: akaun facebookakaun fb azhar sulaiman digodamakaun fb digodamazhar sulaimangossip tempatanhiburan tempatanpelakon azhar sulaimanpelakon tempatan azhar sulaiman
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan