Paras indah, idaman ramai, rebutan semua, ribuan memuja, sempurna kata-kata, pandai bergaya… kiranya dari segala segi amat sempurna di mata orang tapi rupanya ‘gay’… maaf tiada kaitan langsung dengannya tetapi lebih kepada merungkai kebingungan persoalan yang sentiasa bermain di minda; rupa ada, kerjaya dan ekonomi stabil tetapi mengapa dan kenapa masih lagi bersendirian?? Anda harus tahu bukan mudah lelaki yang punya segalanya dimiliki, mereka punya sikap yang kadang-kala menyukarkan proses percintaan dan perhubungan. Nak tahu punca malang lelaki gah sebegini tidak dimiliki, disayangi atau dipunyai…..
1. Jejaka tampan atau kacak selalunya akan bersikap jual mahal. Mereka golongan yang bukan untuk ditegur atau lebih jelas lagi mereka mempunyai ‘standard’ yang tersendiri. Jadi, kaum wanita melihat keadaan sebegini dengan rasa yang meluat.
2. Meski hatinya berputik rasa suka, namun kerana ego dan merasakan sahamnya tinggi melambung, jalannya mendongak saja. Seriously, kesian kepada wanita yang tangkap cintan dengan lelaki sebegini.
3. Mempunyai prinsip iaitu kalau terlepas satu, 10 lagi akan datang berguling. Sekali petik jari, berduyun-duyun beratur. Mungkin ungkapan sebegini sudah tidak relevan lagi pada masa kini kerana wanita sekarang lebih pandai memilih. Jika rupa tampan tetapi sikap sentiasa bangga diri juga susah…
Wanita merasakan lelaki tampan dan sempurna adalah lelaki sukar didekati dan dimiliki. Inilah idelogi yang tertanam kemas di minda dan hati kebanyakan wanita.