Perkahwinan yang kuat dan bahagia didasari dengan sebuah persahabatan yang mendalam. Tetapi ramai yang berfikir bahawa cinta asmara jauh berbeza dengan cinta persahabatan. Menurut satu kajian dari organisasi bernama Gallup yang diambil oleh Dr. Leslie Parrott dan Dr. Les Parrott, persahabatan menjadi penentu 70% kepuasan dalam sebuah pernikahan. Bahkan keintiman emosional yang diagihkan satu sama lain oleh suami isteri lima kali lebih penting dan keintiman fizikal atau seks.
Sahabat sangat sukar dijumpai. Untuk itu pastikan bahawa pasangan anda menjadi sahabat terpenting dalam hidup anda. Peliharalah dan jagalah persahabatan itu. Bagaimanakah caranya?
1. Lihatlah dari mata pasanganmu
Kadang persahabatan yang baik dan menyenangkan saat masa bercinta dan awal perkahwinan berubah menjadi sebuah perkongsian yang kaku dalam membesarkan anak-anak. Rutin seringkali menjadi salah satu pembunuh persahabatan. Untuk itu tuliskan rutin satu sama lain, dan mulakan berfikir mengenai kehidupan seperti apa yang pasangan anda jalani dengan rutin tersebut. Dengan menempatkan diri dalam kedudukan pasangan anda akan membuat anda lebih memahami apa yang menjadi pertelingkahan dan masalah yang dihadapinya. Kemudian, salinglah bantu-membantu untuk mengatasinya dan diantara rutin itu, selitkan waktu-waktu untuk bersama dan melakukan hal-hal yang romantik dan intim antara kamu berdua.
2. Hargai masa
Masa adalah mata wang kehidupan yang boleh kita pergunakan, namun tidak boleh kita dapatkan kembali. Untuk itu harga setiap detik waktu yang anda miliki, terutama waktu untuk bersama pasangan anda. Buatlah masa yang berkualiti ketika bersamanya, jangan izinkan kesibukan atau telefon pintar anda mencuri masa anda bersamanya.
3. Persahabatan memerlukan kesenangan
Kegembiraan adalah ubat yang mujarab untuk sebuah hubungan. Cari perkara yang boleh membuat anda bersama pasangan bergembira bersama, hal tersebut akan meredakan ketegangan dan juga membalut luka.
Selain itu, ketawa juga menjadi perkara penting dalam persahabatan. Untuk itu tidak ada salahnya selitkan pelbagai cerita lucu diwaktu senggang. Tentu kita juga harus berkongsi apapun yang dirasakan pasangan, namun sangat penting untuk berkongsi selera humor. Tentunya sesuaikan dengan “situasi dan keadaan”.
4. Saling menjaga
Kasih kepada seorang sahabat membuat kita bersedia berkorban untuk saling melindungi. Beberapa orang melakukannya dengan hidup setia, menghormati pasangannya dan juga perhatian. Apapun cara anda untuk saling menjaga, lakukanlah dengan kasih yang murni.
Setiap orang, di suatu waktu pasti akan mengalami masa-masa sulit, tidak terkecuali dalam perkahwinan. Untuk itu menjaga hubungan dengan pasangan dan mengerti dirinya sebagai seorang sahabat adalah sangat penting.