Kebanyakkan filem pada hari ini sama ada dari Hollywood, Bollywood, Melayu atau Cina semuanya merupakan filem buatan semula dari filem lama. Penggiat filem seperti kekeringan idea dalam menghasilka filem baru dengan idea baru lagi segar. Mereka ini dilihat hanya membikin filem yang sedia ada pada waktu dahulu. Bukan itu saja, pada hari ini banyak pembikin filem mengadaptasikan buku ke filem, contoh jelas Siri Pengembaraan Harry Potter, Twilight, Ombak Rindu dan banyak lagi.
Tetapi apa yang ingin dibincangkan di sini adalah pembandingan antara poster filem asal vs poster filem buatan semula di kalangan filem Hollywood. Secara amnya, poster filem buatan semua lebih menarik dengan penggunaan teknologi caggih berbanding filem asal yang sederhana dan ringkas. Poster filem asal tidak banyak elemen penyuntingan berbanding filem buatan semula. Di bawah, kami tunjukkan beberapa poster filem asal dan filem buatan semula. Seperti Fright Night, Thirteen Ghosts, The Fog dan banyak lagi. Yang mana satu pilihan anda poster filem asal atau poster filem buatan semula…