Parut boleh merosakkan penampilan wajah anda dan membuatkan kulit anda nampak kurang menarik dan berseri. Walaupun adalah sukar untuk menghilangkan parut, dengan perhatian yang betul, penjagaan, dan dalam masa yang betul, parut juga boleh dihilangkan. Kami telah menyenaraikan beberapa tips untuk membuat parut anda cepat sembuh tanpa meninggalkan apa-apa tanda pada kulit anda.
1. Penjagaan Kulit
Adalah penting untuk anda melindungi parut anda daripada menjadi lebih teruk. Jadi, anda perlu mengikuti rutin penjagaan kulit yang ketat. Jangan melangkah keluar di bawah terik matahari tanpa menggunakan pelindung matahari ataupun sunscreen. Setiap malam sebelum tidur, basuh muka dan sapukan krim pemulihan semalaman yang sesuai dengan jenis kulit anda.
2. Aloe Vera Gel dan Minyak Tea Tree
Bersihkan parut anda dengan sabun secara lembut dan air, dan sapukan sama ada gel Aloe Vera atau minyak tea tree di atas parut anda. Anda boleh basuh selepas 15 minit atau lebih. Buat ini dari semasa ke semasa, anda akan melihat perbezaan.
3. Timun dan Bawang
Jus timun juga boleh membantu parut cepat sembuh. Ekstrak jus daripada timun masak dan sapukan ke seluruh muka anda. Biarkan untuk beberapa ketika dan basuh muka anda. Anda juga boleh menggunakan puri bawang sebagai teknik penyembuhan parut dengan cepat. Meletakkan tomato pada kulit anda juga boleh memberikan hasil yang positif.
4. Prosedur Perubatan
Terdapat beberapa prosedur perubatan yang boleh membantu menyembuhkan parut. Walau bagaimanapun, ianya mungkin mempunyai beberapa kesan sampingan dan juga mahal. Teknik laser, dermabrasion dan needling adalah beberapa teknik yang amat popular untuk menyembuhkan parut.
5. Minyak
Anda juga boleh menggunakan pelbagai minyak untuk merawat parut anda dengan berkesan. Minyak Calophyllum inophyllum , minyak Rose Hip dan minyak Emu boleh membantu menyembuhkan parut anda dengan cepat. Selain itu juga, minyak zaitun boleh membantu anda mengurangkan kesan parut ketara.
6. Ais
Selain itu, menggosok kulit anda dengan ketulan ais sekali sehari boleh membantu anda menyembuhkan parut juga. Apabila ada masa terluang, basuh muka dengan air berais. Ia menjadikan kulit anda segar dan bersih.
7. Butter koko
Menggunakan lemak koko juga membantu untuk menghilangkan parut anda. Ia juga bertindak pelembap yang hebat.
Berikut kami kongsikan beberapa klinik yang anda boleh lawati untuk mendapatkan nasihat doktor serta rawatan kesan parut seperti jerawat yang menggunakan teknologi laser “fractional CO2”.
Kuala Lumpur & Selangor
Mediviron UOA Aesthetic Clinic
LG9, Lower Ground Floor, Wisma UOA II, Jalan Pinang, Kuala Lumpur
Skin Health Clinic
A4-1, Jalan SS15/4D, Subang Jaya, Subang
MJ Medical Aesthetic
No. 12-A, 1st Floor, Jalan Singa D 20/D, Section 20,, Shah Alam
iHEAL Skin, Cosmetology and Plastic Surgery Clinic
Level 7 & 8, Annexe Block, Menara IGB, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, Kuala Lumpur
Health Pathway International Center
Lot 2.1, 2nd Floor Dua Annexe, 211 Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur
Pulau Pinang
Loh Guan Lye Specialist Center
19 & 21, Logan Road, Penang
Wong Yieng Beauty Professional Centre
Lot 285, 1st, 2nd and 3rd Floor, Section 47, Jalan Ban Hock, Kuching
ACS Skin and Cosmetic Science Expert
88R-88R1 Jalan Tun Dr. Awang, 11900 Bayan Lepas, Penang